DINE @ EIGHT BUFFET DINNER DI HOLIDAY INN JOHOR BAHRU CITY CENTRE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

MAKAN malam pastinya tidak sempurna jika tidak bersama keluarga yang tersayang. Siang hari sibuk bekerja, jadi waktu makan malam adalah masa yang terbaik untuk berkumpul seisi keluarga sambil menikmati hidangan makan malam tidak kiralah sama ada dimasak di rumah atau dipesan dari dapur restoran. 


Bagi warga Johor Bahru, hujung minggu ini apa kata, anda membawa keluarga atau rakan-rakan menikmati hidangan buffet di Dine @ Eight Holiday Inn Johor Bahru City Centre yang menawarkan pilihan dua jenis buffet iaitu Family Friday tentunya setiap hari Jumaat dan Spice Saturday (setiap hari Sabtu). Dengan harga RM98 bersih bagi dewasa dan potongan 50% bagi kanak-kanak serta potongan 30% bagi warga emas, kedua-dua buffet ini menjanjikan hidangan yang enak dan lazat dengan pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa.






Setiap Jumaat, Family Friday menawarkan buffet yang lebih mesra keluarga dengan pelbagai seleksi makanan yang bertemakan kekeluargaan terutama yang menjadi kegemaran anak-anak seperti pasta, pizza juga pelbagai pemanis mulut dan aiskrim serta coklat.


Jangankan kanak-kanak, SK yang dah remaja purba ni pun ikut sama menadah coklat cair yang mengalir di tingkat-tingkat ni ha tau... nasib baik tak ada yang cakap, auntyyyy... jangan habiskan coklat tuuuu, hahahha.




Bagi mereka yang menggemari masakan panggang, hidangan ikan, ayam dan kambing panggang ini pastinya membuat anda beberapa kali berulang ke kaunter ditambah lagi dengan pilihan salad dan sos yang sempurna.


Satay Ayam dan Daging yang mesra perapan rempah, sedikit garing tetapi lembut bila dikunyah. Ini pastinya kegemaran Iman dan Pak Inche.










Pelbagai pilihan masakan tempatan, pasti membuatkan anda kekenyangan dan puas. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.



Jangan lupa menikmati barisan Malaysian Kuih dan kek keju dan coklat sambil mencicip kopi panas yang boleh diambil secara layan diri dari mesin kopi yang disediakan.

Sekarang ni ada promosi tau, Beli 3 percuma 1. Cepat-cepatlah buat tempahan dengan menelefon

07 207 8888

Lama dah tak makan buffet kan.. bila lagi? Sk rekomen.. berbaloi3!




Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. so in love joining buffet, me klu buffet surely akan ke dessert dulu hahahah

    ReplyDelete
  2. Kita tak menahan tu gaya persembahan tu oii, guna Le-Crusset tu kannn? Perghhhh tambah nikmat rasa makannya hahahaha

    ReplyDelete
  3. Nanti kalau kami ada rezeki ke Johor, akan jadikan blog Sk sajalah sebagai bahan rujukan jalan-jalan cari makan!

    ReplyDelete
  4. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  5. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!