IKAN BIJI NANGKA MASAK GULAI TUMIS DARAT YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


KEJADIAN hari Khamis lepas semasa Sk pergi ke rumah ibu/ Angah di Senai. Ibu kata, dia panaskan lauk-lauk semalam di samping ada juga lauk baru. Ada Sambal Telur Pindang. Telur Pindang tu pulak ada dua versi iaitu telur ayam dan telur burung. Kemudian ada Sup Kentang. Sup Kentang ni memang femeslah lauk masakan ibu dari kami kecik sampai dah tua ni ha, hahaha. Karipap tu, Cik Ani beli frozen, ini Izzat yang gorengkan dan yang dalam tipuware tu Nasi Goreng dan Lontong Goreng Sarapan yang diberi babysitter Zulaikha. Cik Ani tak sempat makan sebab dia pun dah ada bekal pagi tu.  


Dah ceduk-ceduk lauk baru teringat nak ambil gambar sebab semasa ceduk ni baru teringat, dah lama giler Sk tak makan lauk Gulai Tumis Darat macam ni. Ada ke siapa yang biasa makan lauk ni? Gulai Tumis Darat atau juga Asam Pedas Tumis Darat ni bukan sesuai dengan semua jenis ikan. Biasanya kalau jenis ikan yang tak hanyir seperti Ikan Biji Nangka ni memang sesuailah masak tumis darat macam ni sebab gulainya agak cair berbanding asam pedas ikan pari atau mayong. Ikan Biji Nangka ni pula dari spesies ikan kerisi, memang ngam sangat la buat tumis darat.

Nak masak tumis darat ni senang aje, cuma cairkan pes cili dan bawang dan didihkan atas api. Masukkan je ikan-ikannya sekali. Sementara tunggu mendidih dan ikan masak, mayang bawang merah dan bawang putih, kemudian tumiskan dalam minyak panas hingga layu, curahkan dalam periuk yang tadi, jangan lupa perasakan asam dan garamnya. Wallawehhh, Sk kalau makan lauk ni sampai menghirup kuah dalam pinggan. Bukan jer dalam pinggan, kuah dalam mangkuk pun Sk hirup bagi licin, hahahaha.

Terima kasih, ibu!

Errr... macam nak request ibu masak Asam Pedas Manis la esok.. tapi tu guna ikan kembung baru sedap.. hurmm.. pasal makan nombor satu!


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA x pernah makan ikan biji nangka..sedap eh.nanti nak cari la macam mana rupanya

    ReplyDelete
  2. karipap tu, 5 biji jap jer i habis kan hehehe ..mmg hantu karipap

    ReplyDelete
  3. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!