MAKAN LAGI DI WARUNG SANTAN AND SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SECARA jujurnya, setiap kali SK singgah makan-makan di mana-mana, jarang sekali Sk mengaku yang diri SK ni blogger. Satu kepuasan rasanya bila kita sendiri dapat menterjemahkan pengalaman kita menikmati hidangan yang kita bayar sendiri dalam blog. Walaupun begitu, Sk terima juga undangan makan dari mana-mana bos restoran atau hotel yang meminta Sk review produk atau sebarang promosi yang dijalankan.. insyaAllah.

Sedap itu subjektif, orang kata, rezeki kitalah kalau dapat makanan yang sedap sebab Allah swt yang bagi rasa sedap dan nikmat lidah kita rasa sedap. Sk ni pulak jenis yang tekaknya tidaklah cerewet, kalau sebut apa jenis makanan pun semuanya favourite. Nampak orang post masak lemak.. kecur, post asam pedas.. kecur, post aglio olio.. kecur.. haishhh.. inilah dia pencinta makanan, hahaha. Kalau sedap, kita cerita dekat orang, kalau tak sedap... sendiri mahu ingat 😛 Ada orang kata, berdosa cakap makanan tak sedap, tapi bagi Sk, kalau makanan tak sedap, itu salah tukang masaklah jual makanan tak sedap, huhu. Lainlah kalau kita beli buah berulat di dalam, itu tukang jual pun mungkin tak tahu buahnya berulat di dalam.

Di sini, dari sudut hati yang paling dalam, chewahh! Sk nak ucapkan terima kasih kepada semua silent reader blog Alam Sari ni yang sudi mencuba mana-mana tempat makan yang Sk review dalam blog Sk ni. Yang mana tak dapat nak mencuba atas faktor jarak pun, terima kasih juga kerana sudi membaca blog SK dan menaikkan rating pageview Alam Sari ini, Alhamdulillah, setiap tetamu membawa rezeki, semoga Allah swt akan memberikan balasan yang lebih baik buat anda.

Cerita pasal makan, sekali lagi kami ke Warung Santan And Sambal yang pernah Sk ceritakan sebelum ini. Kalau sebelum ini Sk cuma datang berdua dengan Iman, kali ni kita ajak Pak Inche sekali. Jangan terkejut ya, namanya sahaja Santan dan Sambal yang menggambarkan tentang local food tapi demi memenuhi permintaan ramai, anda kini boleh menikmati hidangan Itali dan Korea di restoran ini.

Pilihan Sk dan Iman malam tu, tentulah pasta. Tak silap Sk ada dua menu pasta iaitu Aglio Olio Pasta dan satu lagi tu, tergeliat oi lidah Sk nak menyebutnya tapi kalau baca nama panjangnya macam Spaghetti Bolognese.. alaa.. yang selalu Sk masak tu.. haha. Sejujurnya, Sk jaranglah nak order Spaghetti Bolognese bila makan di luar sebab Sk selalu masak sendiri, kan, tapi disebabkan Iman kata, dia nak Aglio Olio tu.. maka terpaksalah Sk pilih bolognese pasta. Haaa.. memang sedaplah sos bolognese dia nak bandingkan dengan Sk punya, Sk punya sedap juga. Tapi, Sk  kan ngelat, selalu guna sos prego kan, ada rasa masam yang ni langsung tak ada rasa masam tapi fresh rasa daging.


Tagliatelle Meatball Bolognese with Promodoro Bruschetta... hamek kau nama dia, hehehe. 
Siap tanya dengan chef lagi, macam mana nak sebut.. hehe. Menurut chef, tagliatelle tu maksudnya pasta yang lebar dan panjang, macam kuey teow tu. Memang lebar pastanya, bukan fettucine tau, kalau fettucine diameternya lebih kecil, yang ni lagi lebar dari kuey teow. Lupa pulak nak tanya, chef buat sendiri ke pasta ni, sebab Sk jarang jumpa pasta lebar macam ni di pasaraya. Dan selama ni Sk ingatkan sos bolognese makan dengan spaghetti pasta jer.

Tu satu, nak makan pasta ni pun ada tertibnya. Kena makan dulu starter iaitu Promodoro Bruschetta yang disertakan sekali dalam pinggan pasta ni. Sk bagi satu pada Pak Inche, aisehmannnn.. sampai sekarang dia tak habis cerita pasal bruschetta ni, tau. Pak Inche kata, dalam banyak-banyak, inilah yang bruschetta terbaik, jumpa orang sana sini dia rekomen suruh makan bruschetta kat sini, hihi.


Laici Mojito... 
tangan ke mana, mata ke mana, takut nau nau orang ambil laici dia tu, haha. Oh ya, Pak Inche ni agak kurang dengan pasta, pelik.. padahal dulu dialah yang ajar Sk cara masak pasta terutama sos bolognese tu. 


Pilihan Pak Inche kita, Nasi Putih Rendang Ayam yang sedap ala nogori.
Set ini datang bersama telur dadar dan sayur kubis goreng. Kalau anda memang jenis makan nasi, tentu anda suka sebab ada pelbagai jenis lauk yang boleh anda pilih di sini seperti ayam masak merah, daging masak hitam dan tomyum santan. Oh, ya.. untuk anak-anak yang sukakan makanan Korea, Ramen pun ada tau, siap hidang dalam periuk comel lagi, berasap-asap Sk nampak masa dihantar ke meja orang sebelah.


Mozarella Chicken Cheese with Aglio Olio Pasta
Tak tahu apa yang menarik minat Iman sebab dia jarang la sebenarnya nak makan aglio olio. Sk syak, dia tertarik dengan Mozarellah tu laaa.. sebab dia hantu cheese, kahhhhh.
Aglio Olio tu memang ori ya, tak ada apa rencah tapi tetap sedap, datang bersama sauteed vege, ada kentang putar yang dicalit macam plating dalam Masterchef. Hero dia kat sini, ayam goreng tu... kenapa sedap sangat???

Mehlah makan sini.. SK rekomennnn!

Warung Santan dan Sambal
Taman Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Johor
(dekat dengan Dominos)

Telefon : 0182342468

Tutup Jumaat

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Spageti tu nampak sedap, tapi tu laaa, tekak kita takat ni kat SDS aje yang sedap kalau alio olio ni Kak..orang lain den tak tau heheheh

    ReplyDelete
  2. nama warung nampak masakan kampung tapi western! unikkkkk

    ReplyDelete

  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!