Asalamualaikum...
KALAU diikutkan hati, mahu saja Sk menambah nasi semalam gara-gara kesedapan lauk Asam Pedas Pari Burung yang Sk masak dengan penuh bersemangat petang semalam. Ceritanya, baca blog post Sis Lin tentang En Sabar (suami Sis Lin) yang berjaya menaikkan ikan pari, terus Sk teringat Ikan Pari Burung yang Sk beli masa ke Kong Kong sebelum ni. Dahlah lama giler Sk tak masak asam pedas, rindu setengah mati dengan asam pedas masakan sendiri, kahhhhh.
Puncanya lama tak masak asam pedas sebab dah lama tak restock cili kisar dalam peti sejuk. Jadi, bila tak ada cili kisar siap, jangankan asam pedas, sambal tumis pun dah lama Sk tak masak tau. Bak kata Iman, bonda kalau tak ada cili kisar, mahu seminggu kita makan luar, hahahaha.
Sebenarnya, ini kali pertama Sk membeli Pari Burung. Sk tahu namanya Pari Burung pun, bila diberitahu abang yang meniaga ikan ni masa Sk tanya, ada tak ikan pari. Memang dah lama berangan nak masak asam pedas ikan pari, antara makanan kegemoran Sk la ni. Lalu, abang tu pun bukak kotak polisterin, dalam tu SK tengok ikan parinya dah siap dipotong tapi warna isi pari tu kelabu bukannya putih macam selalu SK beli. Dia kata, ini pari burung, isi dia lembut.. begini (sambil angkat ibu jari), jadi Sk beranikanlah diri mencuba untuk memasaknya. Siap diangkat lagi bahagian kepala yang sudah dipotong memanjang, memang macam kepala burung, bukan pipih macam pari yang selalu Sk beli.
Tu diaaa.. siap masak terus untuk dua hari.. hihi. Maknanya malam ni, kita repeat lauk yang sama, tinggal masak nasi dan goreng telur dadar. Tak payah nak lauk baru hari-hari, apa yang ada kita makan, tak nak kalu, kita pergi makan Mee Bandung Udang Galah, hahaha.
Masa cerita dengan Sis Lin yang SK beli pari burung, Sis Lin pun cakap lembut. Komen bos Sk dalam post di facebook, bos pun cakap lembut. Yaaa, ternyata jangan kau nilai isi pari yang kelabu tu ya SK, memang lembut dan sedap isi pari burung ni rupanya lebih-lebih lagi setelah dimasak asam pedas oleh Puan Seri Kandi Tanah Jauhar, hahaha.
Resepi Asam Pedas Pari Burung Sk
Bahan Kisar*
30 tangkai cili kering*
2 biji bawang besar*
1/2" lengkuas*
1" halia*
1/2" kunyit hidup*
Minyak untuk menumis
2 batang serai dititik
1 sudu besar serbuk cili kisar Faiza (brand lain jangan guna)
2 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
1 cekak daun kesom
Ikan Pari Burung perap dengan asam jawa dulu sebelum masak, bilas bersih
Air secukupnya
1 sudu asam jawa adabi campur 1/2 cawan air
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan setengah sahaja bahagian bahan yang dikisar tadi. (yang lain simpan peti sejuk boleh buat masakan lain).
2. Dalam jug blender masukkan air suku jug, goncang-goncang sisa-sisa bahan kisar tu, sayang ui tu jangan dibasuh terus.
3. Masukkan serbuk cili Faiza dan tumis lagi bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
4. Bila sudah pecah minyak, tambah air dari jug blender tu sikit, tumis lagi hingga pecah minyak, tambah lagi air, buatlah berkali-kali.. serai dititik tu campak sekali dalam periuk tumiskan bersama. Habiskan air dalam jug blender tu.
5. Bila cili sudah cukup masak (beberapa kali pecah minyak), masukkan air secukupnya, jangan terlalu cair, anggaran 1 cawan kecil, kemudian masukkan ikan pari. Biar sehingga kuah mendidih, Sk masukkan sekali daun kesom masa ni.
6. Anggaran 10 minit, ikan dah mula empuk, boleh masukkan air asam jawa dan lada hitam yang ditumbuk kasar.
7. Biarkan mendidih lagi, masukkan garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.
8. Dalam lima minit, boleh tutup api. Kalau nak sedap jangan makan terus, tunggu sejam dalam periuk baru dicedok dan dihidang.
p/s Sk pertama kali sebenarnya mencuba letak serbuk cili dalam asam pedas, ternyata tidak mengecewakan.
asyik terbaca je asam pedas. sdapnyaa lahai geng dengan ikan pari ni. :)
ReplyDeleteasam pedas ni mmg sedap.. teringin nak try asam pedas melaka...
ReplyDeleteSedapnya...SA kan...selalu cuba buat masak asam pedas ni...memang tak pernah menjadi...walau ikut resepi...
ReplyDeleteya allah ... sedapp nyaaa... sampai hati kongsi resepi sedap2. hahhahaa..
ReplyDeleteHahahaha semalam berjangkit semua asam pedas, kawan kita pun semua masak asam pedas hahahaha.. Pari Burung ni selalu Suami kita Kak kalau nak beli mesti dia tanya kedai..tu yang tau tuuu
ReplyDeleteLapar Pula hujan tengahri ni.
ReplyDeletelama tak makan asam pedas ni....
ReplyDelete
ReplyDeleteAJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
WA;+855969190856