SARAPAN FETTUCINE GORENG PEDAS DENGAN SAMBAL GORENG YANG YUMMY

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

DAH lama rasanya tak makan sarapan sedap-sedap di pejabat. Setiap pagi Sk bawa telur separuh masak dari rumah dan beli roti wholemeal Gardenia tu, makan dua keping sapu jem strawberry homemade yang Sk beli masa ke Cameron Highlands baru-baru ni. Kadang-kadang sapu jem Roselle juga homemade. Roti tu makan jer sama-sama dengan kawan pejabat, kalau habis beli lagi, tapi sekarang ni kadang macam susah nak dapat roti tu kalau tak pergi 7E. Jadi, bila dah tak ada roti tu mulalah tekak meraban rasa nak makan benda goreng-goreng, hahaha.


Langkah kanan, sampai jer kantin nampak ada pastaaaaaaaaaaa.. haha. Favourite Sk, kan. Baru semalam cerita pasal beza tagliatelle dengan fettucine, tetiba hari ini berjodoh pulak kita. Kak Sab masak goreng pedas, memang sedaplah dengan taburan banyak lada hitam tu. 


Haaa.. ada ke yang pernah gandingkan pasta dengan sambal goreng? Banyak pulak lauk pagi-pagi di kantin Kak Sab, tu yang Sk selalu ngelak pergi kantin. Sebab, Sk suka makan makanan panas bergoreng macam ni. Nak selamat, bawa bekal telur dengan roti gandum, jangan pergi kantin, bolehlah kawal berapa kalori yang diambil setiap pagi. Ni, sarapan jer dah 800 kcal, nanti makan tengahari lagi, malam lagi.. tu belum lagi petang bila Iman pesan bawa balik makanan, insof... insof....



Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uiii.. sedap tu kak seri... mujur baru lepas sarapan tadi...

    ReplyDelete
  2. makan je lah utk pembesaran., kihkih

    ReplyDelete
  3. Sambal goreng. Susah nak tolak ni bila ada sambal goreng.

    ReplyDelete
  4. rajinnya tiap hari bawa telur dari rumah for breakfast

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!