Assalamualaikum...
CERITA pasal makan lagi, kali ini Sk nak bawa anda ke Restoran Budak Siew Mai yang terletak di Taman Nusa Sentral. Ops! Habislah orang taman ni baca, hahahaha..
Dalam lebat hujan, kami meredah lebuhraya gara-gara posting dari rakan lama Sk di fb. Sebenarnya, Pak Inche tersalah keluar highway, patutnya keluar di Iskandar Puteri tapi dia boleh keluar lebuhraya Senai/ Kuala Lumpur.. apalagi, 10km lagi baru jumpa u-turn, itupun kena masuk balik ke Pulai Jaya dan keluar semula ke Iskandar Puteri. Ngam-ngam sampai Nusa Sentral, hujan pun dah berhenti.
Restoran Budak Siew Mai ni ala ala Adam's Kitchen. Bila ada perkataan Siew Mai tu, maknanya apalagi, peminat dim sum silalah serbu. Dan tentunya ia menyajikan masakan cina dan semestinya halal. Antara menu istimewa yang disajikan di sini adalah Hainanese Chicken Rice. Ni favourite Pak Inche, rasa tak mengecewakan, tapi kecewa sebab tak ada sos kicap.
Di sini juga, ada menu-menu tambahan pada hari-hari tertentu. Maksudnya macam Kuey Teow Kerang ni, tak ada dalam menu, tapi masa hari SK datang tu, mereka akan tambah menu ni dalam papan menu mereka yang diletakkan depan kedai. Oh, ya.. SK lebih suka kuey teow goreng kering macam ni daripada yang basah berkuah tu.
Durian Goreng. Tak tahulah guna durian apa tapi memang creamy sungguh. Salutan tu pun tak hancur berderai bila kita gigit, tapi mahal lo.. makan sekali jer cukup, kahhhh.
Isi durian tu.. dah tak rupa durian kan, agaknya dah dijadikan pes dan digaul sebati dengan isi durian lain sebelum dijadikan filling durian.
Lobak Goreng, ini favourite Sk.. susah nak jumpa yang betul-betul sedap, yang di pasar malam tu nampak sedap tapi tak berani nak beli. Dulu ada jumpa Pakcik (melayu) jual di pasar malam kat area Senai tapi lama dah tak pergi pasar malam tu. Biasanya Sk makan ni Damansara Uptown, tapi jauhlah pulak nak pergi sellau, huhu.
Salted Egg Prawn, setiap hidangan lauk di sini akan dapat satu pinggan nasi. Yang ni memang set nasi dan lauk, siapa lagi yang tak boleh jumpa menu nasi mesti nak order, tentulah Iman punya.
Szechuan Soup.. sedap cuma tak sesedap Szechuan Soup di Qing Palace.
Yang ni dia letak potongan crab meat tu, kalau dia letak helaian isi crab yang sebenra tentu lebih sedap. Apapun, benda ni tak habis, tapau bawa balik, sampai sekarang tercongok dalam peti ais tiada siapa peduli, huwa huwa.
Restoran Budak Siew Mai By Saiful Islam
33, Jln Sentral 2, Taman Nusa Sentral, 79100 Nusajaya, Johor
Telefon 011 27719309
Beroperasi setiap hari kecuali Isnin
Aduyaiiii...sis oiii...sodap eh semua hidangan..lapar plak perut ni ha..engok time- time ni...
ReplyDeletemenarik durian goreng, rupa dia biasa2 je tapi bila sebut durian terus rasa teringin sangat2 hahaha
ReplyDeletei mampu makan durian or durian with pulut saja.. klu lain mmg tekak tak mampu nak telan
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteMenggoda betul durian goreng tu.
ReplyDeleteAlamak rindu lah soup tuuuu! Teringin lak tetiba niiii
ReplyDeleteIONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami
WA : +855 1537 3217