JALAN-JALAN KE PASAR NELAYAN SEBERANG KOTA, KUALA KEDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

HARI kedua di Alor Setar, selepas bersarapan, kami terus ke Kuala Kedah. Hajatnya nak mencari bekalan ikan bilis dan ikan kering stok di rumah. Dua benda ni, walaupun bukan dimasak atau dimakan hari-hari, ia mesti sentiasa ada walaupun ikan bilis tu cuma digoreng sejemput untuk dimakan kalau masak nasi lemak, hehehe.

       

Sk taip Kuala Kedah sebagai lokasi dalam aplikasi waze. Tup tup sampai kat Pasar Nelayan Seberang Kota. Eh.. eh, terus suruh Pak Inche cari parking tepi jalan tu selepas jambatan. Menapak la sikit demi sejemput ikan bilis, hihi.

       

Dah cakap siap-siap dengan Pak Inche, tak usah beli belacan. Belacan kat rumah tu, berketul-ketul. Belacan Tanjung Dawai ada, belacan Melaka ada, belacan bakar ada, belacan tumbuk ada. Sk memang tak guna belacan kalau masak sambal tumis atau asam pedas. Guna belacan khas untuk sambal belacan atau kangkung goreng belacan aje, tu yang tak habis-habis. Tambah pulak asal berjalan, nampak belacan, Pak Inchenya suruh beli. Jadi, ni.. kita ingatkan dia awal-awal, jangan beli.

       

Menarik pulak tengok Kunyit Hidup dijadikan pes macam tu. Tak tahulah kat Pasar Larkin ada jual ke tak kunyit hidup macam ni sebab Sk jarang pergi pasar basah. Kat Pasar Tani macam tak pernah nampak. Pisang dan petai tu pun, geram aje menengoknya. Tapi, kalau nampak kat Johor, tak geram pulak, hahaha.

Pulut Sambal Kuala Kedah. Sk beli dua bungkus jer memandangkan dua ketul manusia tu tak suka pulut kecuali Pulut Kuning. Kalau Pak Inche, cuma suka Ketupat Palas dengan Lemang jer. Perhatikan dalam gambar, pulut dibungkus dengan dua cara. Satu, seperti nasi lemak dan satu lagi dibungkus seperti tapai. Sk tertanya-tanya isinya lagu mana, hihi.


Gerai Gulai Ikan Temenung Kak Yang dalam kawasan Pasar Nelayan Seberang Kota. Yang menariknya di sini, kita boleh beli ikan di pasar nelayan kemudian bawa ke gerai Kak Yang untuk dimasak. Haaa.. Pak Inche memang ada cakap pasal ni, tak sangka pulak kami sampai ke gerai yang dimaksudkan. Tapi, baru lepas sarapan, kan.. nak sumbat celah mana, hahaha.

       

Pelanggan juga boleh pilih makanan laut mentah di Gerai Kak Yang. Jadi, ada dua pilihan, la.. nak pilih terus dari Gerai Kak Yang atau beli di pasar dan minta Gerai Kak Yang masakkan, bayar upah dan kos masak sahaja.

       

Gambar blur sebab dari screen shot video, hahaha. Di pasar nelayan ni, ada jualan secara timbang dan ada juga yang telah diletak siap dalam pinggan siap dengan harganya. Jadi, kalau rasa nak senang bajet, bolehlah beli yang dah letak harga dalam pinggan ni.

       

Tersayat hati tengok kucing-kucing di pasar.


Bersyukurlah kita dapat menikmati minuman berperisa berwarna-warni. 


Makan Laksa merupakan salah satu itinerary dalam lawatan ke Alor Setar. Jadi, Sk suruh Pak Inche makan laksa di gerai berhadapan pasar ni siap-siap, hahaha. Kuah laksa tu sedap dan mee laksanya besar-besar.


Sambil tu, Sk buka bungkusan pulut tadi. Oh, Pulut Pagi rupanya. Pulut dengan inti kelapa manis ni bukan sahaja comel tapi sedap.


Yang dibungkus macam tapai tu, Pulut Savoury iaitu pulut dengan serunding ikan. Sk sukalah yang masin dan pedas macam ni. Selepas makan, terus balik ke Grand Alora tapi sebelum tu singgah Aman Sentral Mall dulu. Sampai hotel, apa lagi, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tgk gambar gambar teringat pergi ke pasar bisik dekat jeti kuala muda dekat puing tsunami tu...murah2 seafood mentah yang ada

    ReplyDelete
  2. best mcm, gulai ikan fresh...laksaa..feveret...

    ReplyDelete
  3. Nampaknya belum jodoh nak ajak lunch kat rumah Kedah..Selalu timing kita tak sama...
    Pulut Sambal versi Kedah memang macam tu SK..sedap kan...pulut lemak serondeng ikan selayang...

    ReplyDelete
  4. Menarik betul baca entri pasal jalan-jalan ke pasar, jalan-jalan cari makan. Banyak kita tambah ilmu hasil perkongsian benda-benda yang jarang kita jumpa.

    ReplyDelete
  5. Bestnya SK ajak jalan- jalan pasar nelayan..SA bab ni suka la...eh best ye kita beli bahan basah and mintak org tu masakkan...okey masuk wishlist gak...mana tau nak HM ke utara...hahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!