BIHUN SUP PAK TAM & MAT CUCUR UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

BERSAMBUNG lagi kisah JJCM ke utara masa cuti Hari Malaysia. 


Hari kedua di Alor Setar, Pak Inche kata, nak makan Gear Box Pak Tam yang terletak di Pendang. Pendang ni, kalau dari Alor Setar, kita kena turun balik ke selatan. Waze mengarahkan kami agar mengikut jalan lebuhraya, layannnn.


Tapi, tak ada rezeki, Gear Box tak ada. Sk paling menyampah la kalau hampa boh nama makanan tu besaq-besaq kat signboard, tapi tak dak. 

           

Tangkap gambaq nak masuk kat facebook. Remaja purbakala, belum pandai main Tik Tok, hahaha. Pak Inche minta Bihun Sup dengan lemak-lemak terapung. Babatnya belum cukup tebal agaknya. Cari-cari, tak dak gambaq mangkuk sendiri, hahaha. Sk dan Iman makan Kuey Teow Sup. Sup Utara wajiblah makan dengan cabai merah, kalau makan dengan sambal kicap, hilang identitinya. 

       

Nak balik ke Alor Setar, Pak Inche tak mahu ikut lebuhraya. Kami abaikan arahan pakcik waze yang suruh keluar di Plaza Tol. Waze bawa masuk kampung-kampung, di kiri kanannya sawah padi terbentang menguning namun ada juga padi yang sudah dituai.


Berhenti tepi jalan sebab nak tengok padi yang sedang menunduk. Masa sarapan di Warung Tepi Sawah tu, tak jumpa padi, semua dah kena kerat.

       

       

Sk lepas kahwin, baru dapat balik Kedah. Sk bayangkan rumah mak mertua tepi sawah padi macam selalu Sk tengok dalam drama Rasyid Sibir, hehehehe. Tapi, tak ya.. Kuala Ketil tak ada sawah padi sebaliknya ladang getah. Arwah bapak (mertua) dulu kerani estet di Kuala Ketil dan arwah merupakan orang Sungai Petani manakala ibu mertua Sk, orang Kulim. Gelaran dalam keluarga mertua ni kiranya dah ikut belah Penang, iaitu panggilan mamak untuk pakcik dan mami untuk makcik. 


Sampai semula Alor Setar, layan tekak Iman pulak, nak makan Mat Cucur Udang yang terletak di Medan Selera Taman PKNK. Sistem di sini, pesan makanan di gerai. Sekiranya nak tapau, beratur tunggu giliran, jika nak makan di kedai, akan dihantar ke meja.


Mat Cucur Udang ni bukan baru sekarang viral. Jadi, kalau datang sini, sila banyak bersabar.


Layan Teh Tarik laaa syiokkk!


Cucur udang dah dihidang. Cucur Udang Utara dicicah dengan sos kacang. Kacangnya dikisar halus. Set cucur udang juga ada tauhu bersamanya berharga RM5.50. Sk lebih menggemari Cucur Udang Utara Taman Sri Pulai , kuah kacangnya ada ketulan kacang yang dicincang kasar, juga ada timun sebagai ulamnya.


Kalau Pak Inche dan Iman suka makan cucur udang dengan kuah kacang, Sk lebih gemar cucur yang dicicah dengan sos cili seperti di Warung Mak Ram, Kampung Pasir. Tetiba pulak Terkenang Semasa Dulu, seorang kawan sekolah rendah Sk, selalu bawa cucur udang air tangan ibunya sebagai bekal makan waktu rehat.


Dua malam di Alor Setar, dua malam juga kami cuma bungkus makanan untuk makan malam. Selalu dah macam tu, kalau pergi cuti mana-mana, malam jer malas nak keluar, hihihi. Tu takpa, lepas breakfast, memasing mengeram dalam comforter, hahahah.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pendang ni kampung opismet saya ... slalu dia dok citer tempat ni gak heheh...

    ReplyDelete
  2. oo..kena makan dgn cili merah..ha'ah sup utara mmg dah masin...cucoq udang cicah kuah kacang, bestnya...kalau ada timun, dah jd pasemboq....

    ReplyDelete
  3. Mat Cucur Udang tu memang always ramai orang

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Pak Inche nyer biduh sup tu...syg la takde apa yang dihajat kan...agaknya xde stok gearbox kot...

    ReplyDelete
  5. Wah....
    dah sampai Pendang hang noh SK...🤭

    ReplyDelete
  6. Kami balik kampung hari tu pun padi dah menguning...
    Lama tak makan coq udang dgn kuah kacang... favorite en Suami kita :)

    ReplyDelete
  7. indahnya pemandangan sawah padi di Kedah. Teringat zaman kanak2 dulu berkubang dlm bendang....

    ReplyDelete
  8. Bestnya, jjcm di Kedah. Saya suka cucuq udang. Wah, bihun sup dengan lemak-lemak terapung gitew.. :)

    ReplyDelete
  9. Saya lagilah, bukan lagi menyampah tapi sangat sakit ati kalau masuk restoran bukan main gempaq segala menu ditayang tapi bila nak order banyak yang tak ada.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!