Assalamualaikum wbt
HARI ini hari ke 5, adik Sk, Cik Embun atau Cik Ani bermalam di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Ahad lepas, semasa Sk dalam perjalanan balik dari Alor Setar, dapat perkhabaran dari grup whatsapp, Cik Ani demam sampai tak boleh bangun. Puas dipujuk suaminya, Che Li agar ke hospital, dia tak nak. Kalau Sk pun agaknya, mati hidup balik tak nak. Sk lagi laaa.. penakut dengan doktor, hahaha. Jadinya, hari ahad tu bertahan sajalah di rumah sehinggalah Isnin petang, Che Li berjaya bawa Cik Ani ke Klinik Kesihatan Jalan Mahmoodiah.
Setelah dimasukkan air namun tiada perubahan, Cik Ani pasrah dibawa ke zon kuning unit kecemasan HSA. Sebak betul tengok gambar ni yang dihantar Che Li. Dahlah berdua beranak aje dengan Zulaikha. Cik Aninya kena tahan wad. Masa ni, Sk baru sampai JB.
Esoknya, suruh Che Li hantar Zulaikha (Jeika) ke rumah Sk. Kebetulan Sk bercuti hari tu, kan. Zulaikha video call mamak, rindu.
Tengahari, bawa dia pergi ambil Lesen P Kak Iman yang baru siap.
Petang, bawa makan kek di Maneh By Momo. Asyik tanya bila bonda nak bawa Jeika main gelongsor.
Gambar main gelongsor tak ambil, ada gambar main buai. Ajak tidur rumah bonda tak nak. Ayah malam datang ambil sebab esok nak sekolah.
Tapi tak jadi pergi sekolah 😆. Ayah hantar tinggal berdua dengan kakak Yaya (Iman) kat rumah. Lepas makan tengahari, ketiduran kerana kekenyangan. Hari sebelumnya, langsung tak nak tidur.
Semalam tak datang, ikut ayah pergi kerja dan petangnya ayah bawa jumpa mamak kat ruangan menunggu aras bawah HSA sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk. Jeika baru 6 tahun laaa. Cik Ani kena masukkan antibiotik 5 hari, berkampung sampai bila di HSA tak pasti lagi.
Jeika minta acik-acik doakan agar mamak lekas sembuh supaya dapat balik rumah. Malam ni Jeika kena tidur rumah bonda sebab ayah banyak kerja, kesian ayah dah berapa hari masuk kerja lambat. Doakan mamak Jeika tau acik-acik, semoga tiada yang memudaratkan dan segera sembuh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Semoga cepat sembuh ye Cik Ani 🤲
ReplyDeleteAlhamdulillah senang dijaga nampaknya Jeika ni.. moga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga aamin.
Aduhai..kesiannya Jeika...takpe..Bonda dan kakak Yaya ada kan....mesti best..nanti dapat jalan- jalan...be strong ye..nanti mamaknya balik...semoga Cik Ani terus sihat
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeletemudahan diberi kesembuhan segera,,,aamiin
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh..aamiin
ReplyDeleteSemoga Allah mudahkan urusan dan kurniakan kesembuhan untuk Cik Ani...
ReplyDeleteJeika pun banyakkan doa untuk mamak tau
Alaaa awat kita yang sedih tgk jeika ni... Terbyg klu uyum kena tgl.mcm jeika.. Semoga mamak jeika cepat sembuh ye.. Ha sk pin lps ni kalau demam jgn mls makan ubat or jumpa doktor ye..
ReplyDeleteAllahu..sebak tengok Jeika cium mamak..moga mamak Jeika cepat sembuh seperti sediakala...ameen
ReplyDeleteSemuga mamak cepat sembuh dan boleh balik rumah untuk bersama Jeika dan ayah. Aamiin
ReplyDeleteMoga Cik Anie cepat sembuh. Kesian Jeika rindu mamanya.
ReplyDelete