Assalamualaikum wbt
SEJAK Cik Ani sakit dan dimasukkan ke wad, Sk belum datang melawat. Hari kerja, memang tak sempat, jadi Sk rancang akan ke HSA pada hari Jumaat. Pagi Jumaat, Che Li hantar Zulaikha. Dah dua kali datang sepanjang mamak sakit, mengadu kakak tak nak turunkan mainan dalam kotak atas almari. Mainan Iman masa kecik, memang masih disimpan, kenangan la kononnya, hahaha. Jadi, hari Jumaat, bawa mainan sendiri. Kakak kata, lagi sanggup beli mainan kat Mr DIY dari bersihkan habuk kat kotak mainan atas almari tu. 😂
Buatkan sarapan, Roti Sangkaya, Nescafe dan Mee Goreng Mamak. Mee goreng tapau dari Restoran Thoufeeq pada hari sebelumnya, Sk bawa rumah ibu empat bungkus, tapi sebungkus ambil bawa balik, buruk siku, hahahaha.
Beberapa hari sebelumnya, Iman mintak Pak Inche belikan tomyam, tapi bapaknya tergesa-gesa balik rumah sebab sakit perut. Bimbang anak kempunan, Sk masakkan tomyam ayam, tapi lupa pulak bubuh susu cair. Kali ni, Sk gunakan pes tomyam DI SINI dan habiskan serbuk Tomyam Seri Aji DI SINI yang masih ada sikit lagi. Sk juga masukkan satu kiub tomyam dan tambahkan sesudu kecil sahaja gula. Lepas ni dah tahu dah cara nak seimbangkan rasa tomyum supaya tak ada rasa pes.
Beriya kita masak tomyam nak bagi budak-budak makan, Jeika nak nasi dengan telur mata jer. Berulang dok cerita dia pecahkan kuning telur dan gaul dengan nasi, sedapppp.
Awal petang, Iman ajak pergi Aeon Kulai sebab nak belanja Jeika mainan Kedai Eco yang dibuka di sini. Antara kedai Eco yang best di JB la, Eco Aeon Kulai ni.
Bawa makan di Tea Garden. Tu konon berlakon merajuk dengan kakak.
Mula tak nak makan, lepas tu semua balun, hahah. Makan Egg Mayonese Sandwich seketul, Tart telur seketul, Spaghetti Bolognese bersudu-sudu. Bagusnya budak ni suka order ais kosong aje.
Pukul 5.10 macam tu, baru sampai HSA. Waktu melawat jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Bila Cik Ani masuk wad, baru tahu, hospital dah benarkan kehadiran pelawat.
Angah dan Indah turun bawah ambil giliran jaga Zulaikha. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit. Masih Sk ingat masa tadika dulu, arwah abah masuk ICU, kami kecik-kecik lagi guna surat pelepasan untuk melawat.
Sampai-sampai, Cik Ani baru nak santap. Hidangannya Nasi Ayam? Tak pasti, rupa macam nasi berperisa dengan ayam panggang. Cik Ani makan ayam sajo, jaga diet.
Pemandangan dari wad Cik Ani. Sejak medan letak kereta di sini dikenakan bayaran, parking tak la penuh sangat macam dulu-dulu.
Lepas makan, Cik Ani turun.
Kakak Pengawal Keselamatan pesan, waktu melawat sampai jam 6.30 jer. Baik, puan. Pukul 6.15 macam tu, kami meninggalkan hospital.
Bonda rajin bawa kakak dan Jeika singgah Pantai Lido nak tengok matahari terbenam. Ingatkan nak minum sambil duduk atas buaian tapi buaian dah penuh. Jom kita balikkkkk! Malam tu, Jeika nak tidur rumah bonda sebab ayah esok pagi-pagi ada mesyuarat tahunan syarikat.
Pukul 12 malam dah mula nangis, kenapa ayah tak ambik??? Budak ni tido bawah ketiak ayah. Terus Pak Inche ajak hantar balik. Sk telefon Che Li, dengar suara ayah terus meraung. Balik singgah Thoufeeq, pukul 1 pagi, makan roti banjir dengan Milo Aissssssssss.
Untung Jeika bonda & Kakak rajin melayan dia...
ReplyDeletePH pun dulu masa kecik2 main dekat tangga hospital je dgn arwah Abg sbb tak boleh masuk wad. Hanya arwah mak je boleh melawat .
Semoga Cik Ani cepat sembuh.Cian Jeika...nasib baik ada bonda dan kakak Iman..
ReplyDeleteOh,Pantai Lido..🥰
Lama dah kan Cik Ani dlaam ward, ke dah discharge...sian Jeika, biasa la bebudak..sama maam Tiya mula2 semangat la nak tido ngan mamalong...nasib ibu kat tingkat bawah je..kalau obu balik Bangi..jenuh uiii....di bantainya melalak nanti x pasal2
ReplyDelete