Assalamualaikum wbt
SELALU sangat diajukan pertanyaan, di manakah restoran yang menghidangkan masakan Asam Pedas tersedap di Johor Bahru dan itu merupakan antara soalan yang paling sukar untuk dijawab. Sebabnya, di Johor ni, masakan asam pedas boleh dikatakan mudah didapati di kebanyakan restoran yang menjual nasi campur dan rasa pun lebih kurang sahaja sedapnya. Belum jumpa yang terlalu sedap selain masakan asam pedas diri ibu sendiri, hihi.
Entah apa mimpi, Pak Inche ajak makan Asam Pedas Tetel di Medan Selera Tepian Tebrau. Gerai yang dituju, Gerai No 31 yang menghidangkan asam pedas panas-panas, katanya, tapi tutuplah pulak gerainya. Kami ke Gerai No 32. Menurut kakak Gerai 32, Gerai 31 tu buka sebelah malam. Tak dapatlah Pak Inche makan Asam Pedas Tetel.
Gerai 32 ni menghidangkan nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk. Macam Sk beritahu sebelum ni, kebanyakan kedai nasi campur di Johor, pastinya ada lauk asam pedas. Iman, macam selalulah, pantang nampak asam pedas ikan pari. Pak Inche tentulah dengan lauk kari ayamnya.
Medan Selera Tepian Tebrau
Johor Bahru.
ok dah tau nak cari asam pedas sedap kat mana lepas ni..gerai 32!!!
ReplyDeleteKalau SK kata sedap tu memang kena percayaðŸ¤
ReplyDeleteammi memang tak reti nak recommend kat orang tempat makan best sbb kadang-kadang sedap mantul kat tekak kita biasa2 kat tekak orang...gitu sebaliknya.
ReplyDeleteAsam Pedas Tetel. Fuhh, boleh masuk list lah ni
ReplyDeleteOkey masuk Wishlist..eh..eh..org Spore pun turun makan sini erk...
ReplyDelete