MAKAN DI EJOHNG CORNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

HARI tu baca Blog DCKEY OJOLALY mengajak lepak di Ejohng Corner. Kisahnya DO cerita tentang kesedapan Asam Pedas di Ejohng, tapi apa tau yang terlintas dalam kepala Sk ni ialah KAWD. Beriyalah Sk komen, lepas tu, bila scroll semula post baru perasan gambar-gambar menu tu ada tulis Ejohng, maknanya Ejohng dah dibuka semula di Taman Sri Pulai Perdana. Kalau dulu, ia menggunakan nama Ejohng Concept kali ni ditukar kepada Ejohng Corner. Masih di taman yang sama, tapi unit berlainan. Tapi, maaflah, kalau klik post DI SINI, semua gambar makanan dah ilek sebab SK upload dari google photo.

     

Cantik sangat Restoran Ejohng yang baru ni. Kalau dilihat pada dekorasinya mungkin sebelum ini ia merupakan kedai perabot jati. Atau sememangnya Ejohng mencipta sendiri dekorasinya yang tersendiri. Macam dalam istana lama yang dirimbuni pohon-pohon kehijauan. Pelanggan yang datang pun semua pakai baju cantik-cantik dan mekap lawa-lawa kecuali kami tiga beranak, selebet! Hahaha.

Menu Asam Pedas dihidangkan dalam periuk tanah. SK tengok, boleh tahan jugaklah saiz periuk tanahnya, mungkin boleh makan dua orang. Hati tak rasa nak makan asam pedas, suruh Iman order, dia nak makan Corndog. Apa barang tah makan corndog, macam budak-budak, hahaha.

Harap maklum, asam pedas tidak dihidangkan bersama nasi. Harga asam pedas lain, harga nasi lain. Jika tak mahu makan asam pedas bersama nasi, boleh makan bersama Roti Puri, tapi Roti Puri tu pun datang bersama sambal tumis. Kalau dah ada sambal tumis, takkan nak makan dengan asam pedas pulak, kan. Tepuk dada tanya selera.


Budak-budak suka pizza, kan. Mak pak budak pun suka, jadi, ada pelbagai pilihan pizza di sini. Cuma kami jaranglah nak order pizza kat tempat macam ni.


Tertarik dengan Menu Hot Plate yang ditawarkan tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.


Muktamad dah ni, Sk pilih Yee Mee Sizling. Ada tiga pilihan iaitu udang, daging lembu atau ayam. Sk pilih ayam dan Pak Inche pilih daging.

     

Kupihaus menawarkan lebih 20 jenis kopi dan 74 jenis minuman panas dan sejuk. Berapa cawan nak minum-minum? Sediakan sahaja ongkosnya, jangan risau, harga berpatutan.


Pembuka selera kami, Kentang Goreng. Kentang saiz besar dan gebu macam kat The Fat Burger.
Tapi yang ni, macam gemnoks lagi, hahaha.


Kemudahan meletak kenderaan yang luas. Sesuai untuk makan-makan bersama family tersayang atau nak melepak dengan kawan-kawan. Tempat cantik dan selesa serta staf yang peramah. Semoga Ejohng Corner terus maju jaya.

Ejohng Corner

No 27, Jalan Pulai Perdana 11/5
Taman Sri Pulai Perdana, Kangkar Pulai, JB

Waze pun sampaiiii.


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tudiaaaa...sedapnya nampak sizling mee & corndog tu..
    Eh..asam pedas mana..asam pedas🤭

    ReplyDelete
  2. SA tengah craving sizzling mee...nampak terus terbayang2..ah la kat KL ni payah nak dapat yang sedap...

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni apa2 Waze je kan :D
    SK ada problem tak dgn blog PH? Sbb blog SK x appear dlm bloglist PH. Ingatkan SK bercuti ke apa, tak nampak update:( Dah reinstall link tapi tak boleh lagi as for now.

    ReplyDelete
  4. Wah SK dah sampai sini...nampak sedap lak sizzling mee tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!