ENTAH SIAPA YANG SALAH?

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

LEGA rasa bila dah siapkan kerja-kerja penting sebelum long weekend minggu ini. Dah semak semula data pelajar, enrolmen dan sebagainya dalam keadaan seimbang. Maknanya, data pelajar yang aktif dan berhenti, bilangannya mesti sama dengan enrolmen. Kalau tak sama, kena cari sampai ke lubang cacing, mana data yang terkurang atau terlebih. Sebenarnya tak perlu teruk sampai masuk lubang cacing pun, hahaha. Dulu... jaga kelas sendiri aje, sekarang jaga 30 kelas. Bayangkan nak ingat nama 30 kelas tapi bak kata orang lama, 'alah bisa tegal biasa'. Eh, macam tak kena aje, hahahaha.


Hari tu pergi Pasar Malam beli Bihun Goreng untuk Pak Inche, Maggi Goreng untuk Iman dan untuk Sk, Kuey Teow Goreng. Sebekas RM3, bertimbun. Pak Inche makan separuh aje, jadi, Sk simpan kuey teow goreng dan kongsi Bihun Goreng Pak Inche. Imannya pun makan sikit jer maggi dia, kenyang makan nasi lemak dan putu piring. Semalam pagi, panaskan kuey teow buat bekal sarapan. Tapi agaknya dah biasa pagi tak makan berat dah sekarang (kecuali cuti), ditambah nak siapkan kerja dulu, pukul 11 baru mengadap bekal. Dah sejuk selap, dah tak sedap. Iman kata, bonda kena kutip duit sorang sikit beli microwave letak kat office. Hurmm.. span cuci pinggan pun kedek nak beli, apalagi microwave, hahahaha.


Teringat pasir kucing kat rumah perlu ditambah. Maklumlah, cuti panjang, nak jalan-jalanlah konon. jadi, kotak pasir tu kena letak lebih, karang meroyan budak-budak tu berebut kotak pasir. Pandai tau nak pilih pasir baru untuk membuang. Bertuah betul. Pukul 1.30, Sk keluar pergi Pet Outlet. Lepas beli pasir, ingatkan nak cari kuih-muih jer untuk makan lepas tu fikir-fikir, lebih baik beli nasi. Mujurlah Nasi Ambeng Mak Ana ni masih buka lagi walaupun dah dekat pukul 2.


Notis terkini, waktu operasi Nasi Ambeng Mak Ana. 
Buka setiap hari kecuali Sabtu, 10.30 pagi hingga habis. Semalam Sk pergi tu dekat pukul 2 masih banyak lagi, mungkin Mak Ana dah tambah stok bahan mentah untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Kalau tak, jangan haraplah ada lagi waktu-waktu macam ni.


Zaman Iman sekolah dulu, RM6, yang Sk beli masa ni RM7, harga terkini RM8. Perlu akur dengan kenaikan harga barang akhir-akhir ini. Walaupun harga minyak dan ayam dah turun sebenarnya.. entah siapa yang salah... ku tak tahuuuuu...

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah wah cuti pnjg esok nak ke mana tu :p

    ReplyDelete
  2. Semoga SK akan menang cabutan bertuah dan dapat microwave untuk letak kat ofis..
    Tolong doa ja..nak derma,kita pun takda microwave...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau menang cabutan bertuah, kita letak kat rumah kita la.. haha. Apapun, terima kasih doanya,.. Amiiinnnn YRA

      Delete
  3. Harga barang naik tak boleh ditahan-tahan, nak turunkan harga memang wassalam lah ye SK hihihiii... entah siapa yang salah, aku pun tak tahu!

    ReplyDelete
  4. Dah balik cuti dha orang tu baru SA komen kat sini..cuti 3 hari jadi malas nak bukak blog...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!