TAMBAH KUAH ROTI CANAI KENA CAJ RM2

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

BALIK dari makan di Asam Pedas Sri Dataran, kami ke Paradigm Mall. Saja jalan-jalan. Tak ingat, beli apa, tapi rasanya singgah Watsons beli pelembab muka untuk Pak Inche. Dia ghisau kulit muka kering sampai menggelupas. Tulah, selama ni cuci muka aje, tapi tak guna pelembab. Hai la Pak Inche, dah 52 tahun hidup, baru nak belajar guna pelembab. Tu entah pakai ke tak. Entahnya pakai masa mula-mula beli aje, hihi. Kemudian, ajak mereka mengeteh di Keropok Losong Skudai, tapi boleh pulak melencong arah ke Nusajaya. Nak mengeeh di Assalam The Kedai Mamak Kayangan.


Mak ngan bapaknya jer la mengeteh. Orang muda menjeli ais. Tak ingat dah berapa kali Iman pesan Ais Jeli kat sini, tapi mantap betul Ais Jelinya kali ni. Semua susun cantik-cantik, biasanya tak la cantik macam ni.


Iman makan Cheezy Fries. Kentang dengan keju, memang mantul, la kan.


Kami tapau tiga bungkus mee untuk makan malam sebab malas nak keluar lagi. Sk teringin nak makan Rojak. Sedap jugaklah rojak tu. Pak Inche nak Roti Canai (kosong). Roti canai datang satu set, dua keping bersama setengah mangkuk kecil kuah kari. Rasa-rasa, cukup ke roti canai dua keping dengan kuah kari banyak tu?  Yaaaa... mana la cukup, kan.. Bila kuah dah habis, mintaklah kuah, sekali, masa nak bayar tu, dia caj RM2 ko. Giler ke apa? Tahulah mamak kayangan. Lupa pulak nak ambil gambar resit tu.
   

Iman kata, lain kali kalau babah makan roti canai, kuah jimat-jimat. Hurmmm.. lain kali tu, tak tahulah bila nak datang lagi. Sakit hati pulak kena caj tambah kuah sampai RM2. Kalau makan nasi campur, ambil kuah, kena caj, tu kira lain. Ni, roti canai, dah tentulah kena ada kuahnya, pelik.. pelik. Ni bukan soal berkira ke apa, tapi tak patut. Lupa ambil gambar resit sebab terperanjat punya pasal, hahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Depa tiru peniaga ayam agaknya .sekarang kan siang ayam kena charge..
    Jangan lepas ni kalau dine in dia masuk service basuh pinggan pulak🤣

    ReplyDelete
  2. melampau betul....satu peket rempah kari kecik tu baru RM2... boleh masak utk seperiuk. lempang mamak tu lelaju

    ReplyDelete
  3. Sedap ke tak kuah roti canai dia tu? Heee.. tak agak-agak cas rm2.

    ReplyDelete
  4. mamak assalam mana tu kena tambah duit...habisla kitorang... anak anak semua makan roti telur roti canai jenis banjir besar. memang kena tambah kuah

    ReplyDelete
  5. Pelik jgk n melampau pun iye, kuah ada isi ke kosong kak?

    ReplyDelete
  6. Serius la wei? Tudiaaaa, extra caj kuah lebih. Tak pernah pulak jumpa kedai camni lagi.

    ReplyDelete
  7. Wah, meriah makan-makan sini. Nak kuah lebih laa. heee

    ReplyDelete
  8. Mak oiii...kuah extra pun charge...apooo....semua pun nampak sodap laaa

    ReplyDelete
  9. Alaaaa.... kedekutnya. Kita kalau makan roti canai tak sah kalau kuah tak banjir!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!