Assalamualaikum wbt
PAGI, sebelum Iman menjalani ujian memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sk membawa dahulu Iman berpusing di jalanraya pandu uji. Saja nak buat ulangkaji la gitu sebab jalan tu ada banyak hala, simpang dan pusingan. Ada tempat yang kena memandu di lorong kiri dan ada yang perlu menukar lorong kanan. Pasrah walaupun punch card merah sebab temujanji Iman jam 8.00 pagi. Kesian pulak kalau dihantar awal-awal. Lagi awal tunggu, lagi berdebar dibuatnya, kan, hahaha. Disebabkan tak tahu pukul berapa ujian memandu tamat, pukul 11.30 pagi Sk dah makan tengahari. Beli di Kantin Kak Sab saja. Siap siagalah gitu, karang tengah makan tetiber Iman kata dah selesai, jadi, kita makan tengahari siap-siap.
Belum pukul 12.30, dapat whatsapp dari Iman, dah siap katanya. Nasiblah kita dah makan awal. Sampai-sampai, Iman mengadu lapar, tak sarapan apapun takut kena panggil, hahaha. Jomlah kita terai Restoran 7 Beradik yang baru sahaja dibuka di Gelang Patah berhampiran Taman Nusantara. Disebabkan Sk dah makan nasi, kononnya, makan kuih ajelah. Lama tak makan Burger Malaysia yang dah naik tarafnya. Ia bukan lagi kuih kampung macam dulu. Hurmmm.. gebu.. sedap... tapi sambalnya tak meleleh dan kurang mengancam.
Tengah-tengah hari, teringin pulak nak Teh Tarik. Teh Tarik tak umph sangat. Tak guna teh BOH la tu, hahahaha.
Iman pantanglah jumpa menu asam pedas.
Gandingan yang mantap, Asam Pedas Ikan Pari dan Sayur Taugeh. Ikan pari dipotong sejuring-sejuring, adalah dalam empat potong. Ada juga potongan kecil kacang bendi.
Pemalas betul tukang cuci sayur ni.
Asam Pedas datang siap nasi, salad dan telur masin. Asam pedas tidak mengecewakan tapi tak boleh lawan kesedapan
Asam Pedas Sri Dataran A1. Harga satu set RM13.90.
Suka sangatlah kalau dapat asam pedas. Tak silap Sk, yang kami pergi ni merupakan cawangan restoran #7 Beradik. Retsoran terletak di lot hujung, luas, selesa, bersih dan cantik.
Restoran #7 Beradik
FH4X+7H, Taman Nusa Perintis,
81550 Gelang Patah, Johor
Waktu Perniagaan
Setiap hari 10 pagi hingga 10 malam
No Telefon : 011-2675 1223
CU Mart ni sederet dengan Restoran 7 Beradik. Iman nak beli Mango Bingsu tapi dah habis. Dia pilih Peanut Butter. Sk rasa sikit, hurmmm.. Peanut Butter makan dengan roti atau waffle baru sesuai di tekak remaja purba ni. Tengok Imannya pun macam menyesal jer beli, hahaha.
Tak puas hati punya pasal dengan Teh Tarik R7B, balik kerja, Sk ajak Iman mengeteh di
Keropok Losong Skudai. Sebenarnya, nak makan Keropok Losong.
Pesan Keropok Losong satu set / RM5. Kali ni cakap jelas-jelas dan tak nak pesan karipap supaya pesanan kami tidak lagi mengelirukan. Nak makan keropok puas-puas, hahahaha.
asam pedas ikan pari...sedapnya...perghh..2x pekena teh tarik...hihi..
ReplyDeleteOh, memang asam pedas gandingannya dgn sayur taugeh ye SK? Sbb tak pernah makan style ni lagi.. pernah makan dgn ulam dan sayur kobis
ReplyDeletesedapnya gulai asam pedas Johor... my favourite....
ReplyDeleteSedapnya asam pedas, sampai pejam-pejam mata Iman makan. :)
ReplyDeleteAlaaa...nak asam pedas ikan pari laaaa........saje je kan...terbayang2 dah ni...
ReplyDelete