Assalamualaikum wbt
BERAKHIR sudah sesi Jalan-Jalan Cari Makan sempena Cuti Hari Malaysia. Namun, Sk masih bercuti sehari lagi hari ini. Begitu juga dengan Pak Inche. Hari ini, kita rehat-rehat je di rumah sambil selesaikan kerja-kerja mendobi pulak. Ingatkan belog nak sambung lagi berehat tapi tak sampai hati pulak biarkan ia lama menyepi.
Dah lama teringin bersarapan di tepi sawah padi yang sedang menguning tapi kuning tak kuninglah, padi sudahpun dituai. Destinasi pertama JJCM kami, Warung Tepi Sawah yang terletak di Perlis. Walaupun baru jam 8 pagi tapi sudah dipenuhi dengan pelanggan.
Padi dah kena kerat. Tengok sawah padi ni teringat cerita Mak Ngah masa kecik dulu sembunyikan setin siput sawah gara-gara takut dimarah mak ayah, hahaha.
Berbuai sambil makan tapi tak berani nak goyang sangat maklumlah takut terlebih muatan, hahahah.
Tiba dapat adik angkat kat sini, hehehe. Sebenarnya, masa tengah tunggu meja, kakak yang sebelumnya duduk di buaian ni panggil duduk sebab dia dah nak beredar. Meja untuk 6 orang, kami tiga beranak kongsi meja dengan dua anak Perlis yang bekerja di Putrajaya ni. Yang seorang lagi tawarkan diri ambil gambar kami sekeluarga, terselit kawannya sekali. Patut Sk ambil gambar dengan dia juga, terlupa pula. Peramah dan tidak sombong kedua-duanya. Tapi, nama pun lupa nak tanya.
Terlalu banyak pilihan sarapan di sini. Antaranya Nasi Lemak, Pulut Kelapa Ikan Pekasam, Pulut Ayam, Roti Bakar, Ubi Rebus, Peknga dan nasi berlauk pun ada. Ada staf yang ambil pesanan di meja dan ada juga secara layan diri. Harga berpatutan.
Nasi Lemak BT dan S. BT maksudnya Bilis Telur? S??? Mungkin sotong.
Sk makan Pulut Kelapa Ikan Pekasam. Feeling betullah makan macam ni tepi sawah kan.
Sate pun ada.
S untuk sardin rupanya. Dua orang ni mana makan, terpaksalah Sk kasi perabih walaupun baru jer habiskan sepinggan pulut. Elehhh.. cam tak biasa 😂
Warung Tepi Sawah 769
Jalan Wang Ulu,
Bintong, Perlis
Buka setiap hari kecuali isnin
7 pagi hingga 12 tengahari
Ye...kita nampak gambar SK kat story ke kat FB ntah...terus rasa jeles..bestnya jalan- jalan
ReplyDeletebestnya makan makan dengan pemandangan yang jarang kita lihat
ReplyDeleteWah, bestnya tempat sarapan. Memang special sungguh ni duduk atas buaian sambil menjamu selera. Macam-macam menu ada. Mama Cella.... jom kita sarapan sini.
ReplyDeletePerlis ni sebenarnya byk tempat menarik dan mukabuminya sangat cantikkan...
ReplyDeleteLamanya tak makan pulut ikan pekasam.
Uiii....
ReplyDeletedari selatan ke paling utara tu..jauh perjalanan tu..
Selalu gak dengar tempat viral ni...Orang Johor dah sampai dulu na...
Nampak best la
Syyy...tak cuba turun cari siput ka🤣
ReplyDeleteLain nikmatnya makan dilokasi lain yang lebih santai..
ReplyDeletenikmat betul ek makan tepi sawah kak..tempat pun cantik
ReplyDelete