Assalamualaikum wbt
PAGI ni mohon izin bos untuk keluar pejabat. Tujuannya nak bawa Iman ke CIMB Bank bagi tujuan membuka akaun baharu. Siswa UTM diwajibkan untuk membuka akaun CIMB, yang mana Iman tidak mempunyai akaun bank berkenaan.
Pergi CIMB cawangan Kebun Teh. Bonda bawa dan temankan saja tapi apa-apa urusan dari bahagian kaunter masuk hingga berurusan dengan pegawai, dilakukan sendiri oleh Iman. Dah dekat dengan Kafe Eleven Kitchen, jadi ingatkan nak makan Mee Kolok, rupanya kedai tutup pulak.
Jadi, Sk bawa Iman ke Rumah Mas di Taman Melodies, Kebun Teh. Dah lama kan, dia ajak makan kat sini, asyik tak ada masa dan tak sempat sebab jauh dari rumah. Tu takpa, parking susah betul. Ni pun kena menapak 100 meter tau. Alahai, baru 100 meter dah bising. Tengok Blogger Kait Dan Lari tu, sehari lari 12 kilometer, relaks jer, malu pada diri sendiri setiap kali baca blog beliau, tapi.. tetaplahhhh tak juga bersenam.
Kalau sebelum ni, Sk dah makan Nasi Kerabu dan Lontong, kali ni Sk pilih Laksa Johor. Memang tak menyesal sebab sedap sangat kuahnya tu. Cuma daun-daun taburannya tu sikit sangat. Eh, Sk ni, nama jer anak Johor Jati, tapi tak pernah ya masak Laksa Johor. Memang mintak ampunlah nak masak makanan renyah macam ni. Ikan nak kena siang, rebus, kisar, tapis. Nak sediakan rempah ratus untuk kuahnya. Nak sediakan spaghetti tu, bukan macam nak masak Spaghetti Bolognese atau main campak-campak macam Spaghetti Goreng. Ulam-ulamnya, timun tu ada tatacara nak hiris, daun-daunnya, sambal belacannya lagi... hihihi.
Iman pesan Lontong, tapi tak sampai-sampai. Iman kata, tak sabar nak bawa kawan-kawan dari luar Johor, JJCM di JB. Tahu tak, JB ni syurga makanan sedap-sedap? Pak Inche pulak suruh Sk siap siaga, nak hantar lauk untuk Iman dan kawan-kawan. Makin rajinlah nampaknya Pak Inche pergi Pasar Tani lepas ni.
Haaa.. sampai dah. Lambat sebab dorang panaskan kuah lodeh tu dulu. Hari tu kata, kalau makan di Rumah Mas, dia nak makan Nasi Kerabu, tapi Lontong jugak yang dipilihnya. Iman kata, lontong sedap, tapi sayurnya sikit sangat.
Iman baru mula nak makan, maknya dah habiskan suku mangkuk laksa, hehehe. Tak menyabar sebab nanti kuahnya sejuk dah tak berapa best pulak. Iman pulak, makan sampai melocot lidah sebab kuah lodeh panas-panas. Licin ya mangkuk laksa Sk, mesti kembang hati staf Rumah Mas masa angkat pinggan Sk tu tadi, hihi. Ke... dia kata, kuatnya akak ni makan, hahahaha.
Oh, ya.. malam tadi, Sk dapat panggilan dari pembaca yang memperkenalkan diri beliau sebagai Kak Shida dari Pasir Gudang. Panjanglah Sk berborak dengan Kak Shida semalam. Kak Shida kata, suka baca Sk JJCM dan adalah sedikit isu yang Kak Shida minta Sk dapatkan info, insyaAllah, akan diusahakan ya nanti Kak Shida. Oh, Kak Shida kalau ke JB, tak tahu nak makan di mana, Sk rekomen Rumah Mas ni. Mesti Kak Shida suka.😍
Rumah Mas
96, Jln Beringin,
Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin
8.30 pagi hingga 5.00 petang
No Telefon : 07-336 4806
Adui sedapnya tengok depa makan hihi .. tapi betullah, Johor ni banyak betul signature dish-nya... Sedap-sedap belaka.
ReplyDeleteTak pernah tak sedpa makanan dua beranak ni la...kita suka laksa Johor tu...tapi lontong kita x makan dan x suka..hehehe...SK buat laaa Laksa Johor...
ReplyDeletedua2 feveret..kalau turun JB boleh singgah sini..
ReplyDeleteYa betul blog SK boleh jadi panduan untuk mereka ke JB.
ReplyDeleteHaah macam renyah buat laksa Johor.
Wah...dah ada akaun baru la ye Iman...
ReplyDeleteIngatkan bonda kasi Iman drive kereta bonda pi CIMB tu🤭
Seronok la kawan2 iman nanti