Assalamualaikum wbt
MINGGU lepas, syukur Alhamdulillah, Iman lulus ujian memandu dan kini memegang Lesen Memandu Kelas D iaitu kategori motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) 3500 kg ke bawah. Dah agak lambat, kan.. umur 21 tahun baru ada lesen memandu, tengok budak jaman now, lepas SPM ramai yang terus ambil lesen. Sk masa ambil lesen dulu, umur 21 jugak tapi dah bekerja dan guna wang sendiri. Iman ni, kalau nak tunggu dah kerja, mungkin tiga empat tahun lagi barulah dapat lesen memandu. Mak sebenarnya dah tak sabar nak pas stereng, mak nak sandar sambil pejam mata jer lepas ni macam masa lepas kahwin dulu, dua tiga tahun tak memandu, asal masuk kereta kena air-cond terus zzz.. sedar-sedar dah sampai depan pejabat, hahahaha.
Punca Iman lewat ambil lesen memandu, pertama kerana kurang keyakinan. Lepas spm dulu, dia kata, takut, agaknya hari-hari tengok maknya cilok sini sana demi memastikan anak sampai sekolah sebelum loceng berbunyi. Kemudian, Iman bekerja sementara sebagai juruwang di Kedai Mesra Petronas, dia kata nak fokus kerja dulu. Lepas dapat panggilan Politeknik, alasannya nak fokus belajar. Sk plan tahun kedua di Politeknik, Iman akan ambil kelas memandu di Ipoh tapi kena balik Johor pulak kerana PKP. Masa PKP, lagilah semua sekolah memandu terpaksa ditutup. Kemudian, fokus pula pada kuliah dalam talian, internship dan kemudian Iman kata, lepas habis MUET baru ambil kelas memandu sebab dia nak fokus satu-satu.
tahniah Iman... nanti boleh ganti ganti drive dengan bonda.
ReplyDeletelepas ni bonda dah boleh pejam2 mata kat sebelah
ReplyDeleteRelex SK pasni..ada pasang driver🥰🥰
ReplyDeleteWaaaa....bonda dah ada driver la lepas ni..
ReplyDeleteTahniah Iman👍
Alhamdulillah tahniah Iman. Ada drebar lah SK lepas ni haha...
ReplyDeleteTahniah Iman. Hati-hati di jalan raya. Lebih hati-hati bila jadi driver bonda ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah Iman
ReplyDeleteTahniah Iman...boleh vrommmm aaa lepas ni..jumpa Kak Ngah kat traffic light jgn lupa hon...hihihi
ReplyDeleteTahniahhhh!! Yabedabedoo! Bolehlah enjoyyyy jalan jejauh driveeee.. hehehee
ReplyDelete