DAGING MASAK MERAH DI HARI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

ADUHAI.. dah tak tahulah pukul berapa nak keluar rumah untuk ke pejabat sekarang. Pagi ni, Sk keluar pukul 6.50 pagi tapi punch card 8.01. Dah merah! Rasa punch card Sk tak akan merah kalau tak kena tahan dengan polis trafik yang menjaga lalu lintas di persimpangan Gelang Patah - Ulu Pulai pagi tadi. Padahal, kereta Sk tak jauh sangat pun dengan kereta di depan. Haishhh.. nak marah tapi kena sabar tak boleh.

Nampaknya Mambang Rajin masih seronok berduduk bertangga di rumah Sk ni. Boleh dikiralah, berapa kali sahaja Sk makan di luar semenjak dua menjak ni. Walaupun Sk asyik ulang masak lauk yang sama, tapi dah namanya lauk kegemaran Pak Inche, memang lajulah saja dia menyuap nasi. Kalau masak kari, boleh diulang makan sampai dua hari. Jemu masak kari, kita masak sambal. Dah jemu sambal, masaklah asam pedas atau lemak cili api. Itu sajalah pusing-pusing, hihi.

Memandangkan dah puas meronggeng sampai ke utara pada cuti hari Malaysia yang lepas, Sabtu hari tu memang tak ke mana. Sarapan, Sk sediakan sarapan ala barat, hahaha. Ada sosej, bean bake dan scramble egg. Kemudian, Sk hiris epal hijau macam yang selalu Sk nampak di Amie's Little Kitchen. Kononnya nak susun cantik-cantik berderet keliling pinggan macam Kak Amie selalu buat, tapi akhirnya, Sk longgok jer semua dalam mangkuk, hahahaha. Ada buah anggur jugak, Pak Inche beli dua kotak RM15 di pasar malam. Iman kata, bonda buat sarapan dah macam dalam drama. Tapi, tulaaa.. malas nak ambil gambar, haha.

Disebabkan Tomyam Ayam yang Sk masak pada hari Jumaat masih ada lagi, terlintas di batu jemala patik untuk digandingkan dengan Daging Masak Merah. Sebaik lepas sarapan, Sk terus rendam daging. Apabila daging sudah lembut, hiris nipis-nipis dan perap dengan sos masak merah atau sos labu. Lepas tu rasa menyesal, kenapalah masa ke Padang Besar hari tu, tak beli pes tomyam dan pes labu. Pak Inche nak beli, tapi Sk yang tak bagi. Betullah, biar menyesal beli dari menyesal tak beli, hihi. Siap perap daging, pergi kedai sebab nak beli sayur baby kailan. Resepi Daging Masak Merah kali ni, Sk masukkan juga dua sudu cili kisar, nak bagi rasa pedas-pedas sikit.

Daging Masak Merah

Bahan-bahan :

2 ketul daging sebesar penumbuk, dihiris nipis
Sos labu secukupnya untuk memerap daging
4 ulas bawang putih cincang
1/2" halia dihiris
2 sudu cili kisar
1/2 labu bawang holland dibelah-belah
5 biji cili api dibelah dua
3 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Perap daging yang telah dihiris dengan sos labu secukupnya.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum.

3. Masukkan cili kisar, kacau hingga terbit minyak.

4. Masukkan sos tiram, sos ikan dan daging, kacau sekejap, tambah sedikit air, kemudian renihkan sehingga daging empuk.

5. Masukkan daun limau purut, bawang holland dan cili padi.

6. Masukkan gula, renih sekejap dan kemudian tutup api.

7. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram dan sos ikan dah cukup masin.

Baby Kailan Goreng Oyster

Bahan-bahan :

Sebungkus sayur baby kailan
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga wangi.

2. Masukkan sayur baby kailan, goreng kilas.

3. Masukkan sos tiram, goreng kilas hingga sayur hampir layu, tutup api.


Telur Dadar wajiblah ada. Bersungguh Zulaikha puji bonda masak sedap. Dia cuma makan telur dadar dan daging masak merah, sayur tak nak, tomyam tak nak.


Sk beli cendawan sebungkus kecil. Tomyam Sk panaskan, masukkan susu cair dua senduk. Setelah mendidih, masukkan setengah bungkus cendawan. Senyap Pak Inchenya makan tak berbunyi, sedap tak sedap, faham-faham sajalah. Betul-betul rasa macam makan kat Siam dah ni.. hahaha.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya menu akak masak, terliur saya tengok padahal menu simple je memasing. betul lah tu, biar menyesal beli daripada tak beli hehehe

    ReplyDelete
  2. Saje je kan...dah la SA plak tengah craving Tomyam, pastu kan...masa makan Ahad malam lepas SA ingat nak order tomyam sekali tengok set tu dah macam2 ada..next time laaa

    ReplyDelete
  3. Aduh..daging masak merah tu betul-betul menggoda..
    Perpatah "biar menyesal beli dari menyesal tak beli' kita akan teringat Cikgu Amie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut kita tersedak-sedak dari tadi. Rupanya ada orang sebut nama kita. Hahaaa... satu lagi Mama Cella, orang tamak selalu untung kihkihkihhhh!

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!