KENA SCAM DENGAN CHA BANG-ANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt


ADUHAI.. bukan susah pun nak buat Cha Bang Ang tu. Tak tahulah macam mana, masa teman Fidah ke Syurga Dessert tu, Sk boleh capai jugak bawa pergi ke kaunter pembayaran tanpa menyemak harga. Orang kaya memang macam tu ke? Membeli terus tanpa usul periksa? Kayalah sangat, Hahahaha.


Setiap pek mengandungi sepeket kecil biji selasih yang telah kembang, dua bekas kecil potongan cincau dan sebotol kecil susu gula melaka, Sk anggarkan dalam 300ml.



Kandungan sebekas cincau bila dimasukkan dalam mangkuk saiz 5.. alahai.

     

Tuang susu. Hurmmm.. ialah, mana boleh makan benda manis banyak-banyak, kannn.

Cara menyediakan Cha Bang Ang pernah Sk kongsikan DI SINI.


Bancuh semua bahan dalam jug :

Air Gula Merah
Air Gula Putih (Sk tambah sebab gula merah tak banyak)
Cincau dipotong dadu
Biji selasih direndam kembang
1/2 Tin susu cair
2 sudu susu pekat
500ml susu full cream
Ais secukupnya

Kacau sebati sebelum dihidangkan.. 
😍😍😍


Satu set tu RM15. Rasanya kalau jual RM10 pun masih untung lagi lar.. kenapalah tergamak jual mahal-mahal benda senonet macam ni? Yang aku pun BANG-ANG sangat pergi beli 🤣

Fidah pun dakwa kena scam dengan Buko.. isi sikit dan susunya tak berasa. Kecian Fidah, huhuhu.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhai...pulakkkkkkk.....tengok macam sonang yo nak buek....

    ReplyDelete
  2. Menipu tidak lama bertahan. Doa orang teraniaya makbul sangat.

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa....tak suka la kalau kena scam bab makan minum ni...
    Kesian anak tekak yang menanti oenuh harapan ...bila kuantiti dan kualiti sangat jauh dari harga memang kecewa la kan...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Adoiiii. kena scammm.. Tuhlah.. org kaya.. Mana fikir benda benda tu semua 😆 Sabo jela.. Sy x pernah jugak try cha ba ang ni.. hahaa

    ReplyDelete
  5. La, simple je bahan-bahannya ye ...

    ReplyDelete
  6. Bukan bang**g..tapi dah kata kayakan... apa ada hal bayar rm15...150 pun tak kisah

    ReplyDelete
  7. mahal btul tu....org kaya mmg slalu gtu..amik je tk tnya harga hehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!