TAPAU MAKAN MALAM DI PASAR MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

PAGI kelmarin, masa Cuti Peristiwa, pergi Pasar Tani dengan Pak Inche cari sarapan. Petangnya pulak, pergi Pasar Malam dengan Iman, cari makan malam. Tak plan pun nak ke pasar malam tu, keluar petang sebab Iman nak tukar screen protector handphone, balik tu la rasa nak singgah pasar malam, padahal dah rancang nak goreng nasi jer untuk dinner.


Terima kasih Mak Ngah, hajat Mak Ngah nak belanja Nasi Lemak telah terlaksana. U know who u are 😍. Nasi lemak bungkus daun pisang yang sebenar, bukan daun pisang tutup nasi lemak. Sedap nasi lemaknya, Mak Ngah. Semoga Allah swt memberikan keafiaatan dan melimpahkan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada Mak Ngah sekeluarga, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiiinnn.


Rambang mata ditambah lapar ke.. macam-macam pulak yang dibelinya... Patutlah Pak Inche kalau ke pasar malam, membeli tak ingat dunia.. hihihi. Beli mee goreng la, putu piring la, kacang la, jagung lagi. Tapi, tulah.. sampai hati betul, peniaga tu jual jagung semalam punya agaknya... Iman kata, masam. Sk gigit sikit, terus nak terkeluar balik. Ni bukan masam nak.. ni basi, hurmmm... 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah...
    Rezeki dapat nasi lemak sedap..
    Tadi..nak pi kerja lalu jalan tepi bukit nampak daun simpor..
    Dalam hati macam nak ja berhenti tepi jalan tu petik daun simpor buat nasi lemak 🤭
    Semoga Iman dimudahkan urusan untuk sambung degree pula..
    Doakan juga untuk Cella...berdebar nk tunggu result UPU minggu depan..

    ReplyDelete
  2. alamakkk bila dapat makanan yg dah basi ni memang frust la sbb kita beli igt balik rumah dapat la makan kan, sekali x pasal2 makanan dah x elok plak...! Adoii agak nya jagung yg dia jual tu, ntah dah beberapa hari la punyakan

    ReplyDelete
  3. alamak... jagung perangat la tu.. potong selera betul

    ReplyDelete
  4. sebab tu ammi takut nak pergi pasar malam....selalu bajet beli dinner sudahnya yang dibeli boleh dibuat sarapan & lunch esok sekali. punyalah tamak

    ReplyDelete
  5. Dapat nasi lemak bungkus daun pisang sedap, jagung pulak basi...sabar ajelah.

    ReplyDelete
  6. Alahai....jagung spoil plak..nasib x sempat telan...kalau tak pasti sakit perut...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!