MAKAN-MAKAN DI IPOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA masih belum ada apa-apa pengumuman jadi atau tidaknya cuti hujung minggu di Johor, dipinda ke hari Sabtu dan Ahad. Masih belum diberitahu waktu bekerja setiap hari Isnin hingga Khamis adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan pulang jam 12 tengahari pada hari Jumaat, jika betul cuti dipinda. Apa-apapun, Sk terima sahaja apa-apa keputusan kerana kita ini kan, mentimun sahaja. Mentimun dengan durian, digolek pun kita kena, bergolek pun kita juga yang cedera 😆. Jadi, kita tunggu sahaja, semoga ia yang terbaik buat kita.


Sarapan Bihun Goreng Daging dan Nescafe pagi ni. Bihun tu, Pak Inche punya, tapaw dari Assalam The Kedai Mamak, Ahad lepas. Dia makan separuh, lepas tu konon nak repeat.. dah berapa hari dah ni. Iman pun tak nak panaskan buat sarapan ke apa. Ingat murah ke nak dibuang-buang. Mak jugaklah yang sukarela jadi tong sampahnya. Sambil makan, belek-belek folder gambar, mak ai.. nak kena kemas ni.

Indo Banget




Indo Banget, sebuah restoran masakan Indonesia yang baru dibuka di taman depan. Hari nak bertolak ke Ipoh, Sk tapaw Nasi Ayam Penyet untuk Iman dan Nasi Ayam Geprek untuk diri sendiri. Teringin nak tahu bezanya, rupanya geprek tu ayamnya digoreng salut tepung. Sedaplah juga tapi sambalnya bagi Sk tak cukup mengancam. Makan siap-siap sebab tahu sangatlah nanti mesti Pak Inche cerewet cari tempat makan.. hihi.

R&R Ayer Keroh


Singgah sini, Pak Inche nak makan ubat. Cuma Pak Inche makan Mee Rebus, Iman makan waffle, Sk minum aje sebab masih kenyang makan Nasi Ayam Geprek. Lepas makan, terus ke KL singgah ambil Cikwa.

Restoran Waritha




Exit Tol Simpang Pulai sebelum check in Siti Homestay. Singgah makan di Restoran Waritha. Pak Inche makan Nasi Ayam Paprik, Sk makan Nasi Goreng Cili Padi, Cikwa makan Bihun Goreng dan Iman makan Kuey Teow Kungfu. Semua hidangan tak mengecewakan cuma Iman kata, kuey teow dia sikit sangat, haaa.. memang sikit pun. Agaknya kuey teow tinggal sikit kot, dah tengah malam. Nasi dan bihun, selambak dia bagi.

Restoran New Hollywood


Hari sebelum Konvokesyen, Iman berurusan dengan poli dan nak buat photoshoot pra-graduan dengan kawan-kawan, kami bersarapan di Restoran New Hollywood. Tak sahlah kalau tak penuhkan meja dengan Kuey Teow Goreng, Prawn Mee, Lobak, Roti Bakar dan Telur Separuh Masak serta Puding Caramel. Tu, nasib baiklah warung cakueh tutup.

Nasi Lemak Telur Bungkus Ipoh Night Market



Malam sebelum hari konvo, berpusing cari tempat makan. Pak Inche nak makan capati - tutup. Mak Inche nak makan di Konda Kondi - penuh. Terlintas idea di batu jemala Pak Inche, nak makan Nasi Lemak Telur Bungkus yang gerainya terletak di Ipoh Night Market yang terletak di Kinta.


Sk panggil, Nasi Lemak Pataya. Nasi Lemak dibungkus dengan telur yang didadar lebar dan dihidangkan bersama aksesori wajib - timun, kacang tanah, ikan bilis dan keropok moni bunga-bunga. Sk pilih lauk Sambal Kerang.



Proses membungkus nasi dengan telur dadar. Telur didadar atas kuali leper yang lebar, kemudian diletakkan nasi. Apabila telur cukup masak dan 'set', barulah ia dibungkuskan ke nasi. Jika tak cukup masak, dikhuatiri telur akan pecah.



Semua pilih makanan yang sama sebab tak kuasa nak berfikir nak makan apa. Teringin jugak nak cuba Tomyam Niase yang viral tu, tapi, tengok lingkaran orang beratur, fikir 18 kali la 😆.
Meriah sangat tempat ni walaupun bukan hari minggu dan bukan waktu cuti sekolah.



Hari konvo, bangun awal walaupun homestay tak sampai lima minit dengan politeknik. Tengok dak Iman, tengah bermekap. Kemahen awal ya dia bangun. Seingat Sk, sejak sekolah pun dia memang mudah dikejut dan kalau kena sekolah hari sabtu, dia la yang bangun dulu. Silap-silap, dia yang datang kejut mak bapak, hahah. Sepanjang intern pun tak pernah tak awal bangun. Sentiasa bersemangat!

Restoran Vegas



Punyalah awal bangun, lepas konvo, balik homestay, memasing qada tido. Nak nak, dalam air-cond.. sejukkk.. maklumlah, lepas pekena Nasi Daun Pisang, hehehe. Petang tu, kami ke Restoran Vegas pulak, pesan rojak dua pinggan dan Iman makan Sizzling Mee. Tercapai cita-cita Pak Inche nak makan capati di sini.

Restoran Di Naina


Esok pagi, lepas check out, kami terus ke Restoran Di Naina yang dekat dengan homestay untuk bersarapan sebelum balik ke Johor. Masuk-masuk restoran, nak terkeluar bijik mata tengok beriani di kaunter. Cikwa teringin, Sk pun teringin, tapi, nanti, cemana nak makan Ikan Bakar kat Tapah?





Ajak Cikwa kongsi. Suruh Cikwa pergi order dan pilih lauk, hehehe.


Nahhh.. selambak beriani. Sk makan suku jer, yang lain soh Cikwa makan. Cikwa baru lepas kena covid dalam dua minggu lepas,.manjangnya kata takde selera la.. apa la.. Kambing tu lembut giler, ayam pedas. Yang goreng-goreng tu, peria.


Sk makan suku tu sebab ada pesan roti kosong. Roti liat sikit tapi kari sedap. Tapi beriani dia tu, sumpah sedap! Betullll!!










Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tudiaaaa.....banyaknya sesi makan- makan....seronok betul la...

    ReplyDelete
  2. Menarik la telur untuk bungkua nasi tu...
    Pandainya dak Iman make up..syantik!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!