SAMBAL SOTONG HUJAN LEBAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

SEMALAM petang, dah berangan, balik kerja nak singgah Pasar Malam Taman Tampoi Utama. Berangannya, takyah masaklah gitu. Nak beli.. Laksa Johor, Cekodok, Lempeng, Pepes. Pak Inche pesan, belikan dia Nasi Campur, lauknya Ayam Percik dengan Hati Lembu. Tapi, lagi berapa minit nak pukul 5 tu, guruh dah berbunyi-bunyi. Balik tu, hujan pun dah turun. Wiper kereta pun kena pasang laju sikit. Tak jadi pergi pasar malam.

Fikir-fikir, benda yang paling senang nak dinyahbeku, sotong. Iman semalam, ikut Sk ke pejabat, tu tak ada siapa nak suruh rendamkan ayam ke.. sotong ke.. untuk dimasak. Pasrah ajelah kalau lambat masak. Dekat pukul 8 malam pun masih belum lembut sangat sotongnya, tapi dah bolehlah kalau nak campak dalam kuali, hehehe. Sotongnya, kemahen tebal, Pak Inche beli kat Pasaraya NSK sebelum kami ke Ipoh lagi. Sk pun baru perasan ada sotong, hahaha. Terlajak rajin, kan.

Pes cili dan bawang pun memang dah siap, jadi, taklah rasa penat sangat memasak semalam. Dia yang penat, kalau time nak masak tu, time tu la baru nak kisar cili dan bawang. Kisar pulak, bukan boleh bulat-bulat macam tu. Cili nak kena potong buang biji dulu, cuci.. rebussss... bawang nak kena kopek, potong kecik, baru boleh masuk dalam jug pengisar.. menyampahs.. hahahaha.


Pukul 6.30, suruh Iman masak nasi. Lepas siap masak Sambal Sotong, Sk pecahkan telur dua bijik, buat telur dadar. Telur tu, Sk lipat dua dan potong empat guna gunting jer. Malas nak bentang dalam pinggan. Aduh, terlampau teruk malasnya mak kamu ni, Iman oi. Hahahaha. Tu pun sambil makan, macam nak terpejam jer mata ni. Punyalah mengantuk, agaknya terlebih dos ubat batuk. Syukurlah tak melarat sangat demam batuknya. Dengan Iman sekali demam, apa taknya, dah tahu maknya demam, nak jugak duduk sama-sama. Syukur dah kembali sihat, Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah favourite kite ni..sambal sotong...makan rajin nak masak..alahai bak SK kata aa tunggu mambang datang..haha

    ReplyDelete
  2. Yes! Sambal mesti kena ada teur dadar... NGAM!

    ReplyDelete
  3. Saya suka sotong tebal-tebal tu..bila kunyah baru la terasa..lagipun lambat sikit habis..hihihi

    ReplyDelete
  4. Ammi kalau weekend biasanya kopek bawang bebanyak, kopek cili, blend semua tinggal simapn cecantik dalam fridge...senang kerja Pak Incik ammi nak masak nanti. Kalau kita tak buat camni...balik kerja karang confirm nampak kulit bawang berterbangan bergumbira di depan hall...kulit bawang pun nak tengok tv gamaknya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!