MAKAN MEE ABU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum wbt

ALHAMDULILLAH... sujud syukur hari ini, sebak rasa di dada dan berlinangan air mata bila dapat khabar gembira yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti. Terima kasih atas doa acik-acik untuk Iman, Iman berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di universiti awam. Di mana tu, akan Sk kongsikan nanti ya. Apa khabar jugak dengan anaknda Cella, semoga bahagian yang baik-baik juga Allah swt kurniakan untuk Cella. Kita tunggulah Mak Ngah hantar laporannya nanti. Semoga anak-anak pembaca yang lain juga mendapat khabar gembira juga hari ini dalam apa juga bentuknya, insyaAllah.


Kembali ke Alor Setar, mungkin kali ke tiga atau ke empat Sk menikmati Mee Abu yang cukup terkenal selama puluhan tahun di sana. Yang ni, pasembur. Sk suka kuahnya yang tidak terlalu manis.


Pak Inche makan Mee Rebus.. sedap jugak.


Mee Abu ni sebenarnya Mee Goreng Mamak. Ia dipanggil Mee Abu kerana masih lagi dimasak menggunakan cara tradisional atau menggunakan kepanasan abu saja. 


Harga Mee Abu kini. Kenapa harga tanpa telur dan ada telur sama ek? 


Harga Mee Abu 12 tahun lepas, duhhhh.. murah giler, hehehe.

Mee Abu

1225-C,
Jalan Teluk Wanjah, Bandar Alor Setar,
05200 Alor Setar, Kedah

Buka setiap hari kecuali Selasa
12 tengahari hingga 9.40 malam

Jumaat - 3 petang hingga 9.40 malam

No Telefon : 05-731 3716

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah ..
    Tahniah anakanda Iman...
    Terima kasih doakan untuk Cella .
    Alhamdulillah...Cella juga dapat tawaran universiti awam..sama-sama kita bagtau nanti...
    Kalau nasib lagi baik sama universiti..lain jurusan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops ...lupa nak komen mee abu..
      Saya tak pernah lagi makan mee abu🙈
      Kalau Laksa Telok Kecai...Laksa Arang ..Laksa Ikan Sekoq pernah la...

      Delete
  2. Tahniah untuk Ima, juga selit tahniah untuk Cella di sini. Semoga kedua-duanya terus berjaya.
    Tentu ada kelainan rasa mi digoreng dengan kepanasan abu itu. Dengan bara kot hehehee. Kita jatuh selera pulak tengok pasembor SK tu.

    ReplyDelete
  3. tahniah Iman... semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan bonda yaa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...tahniah Iman...happy for you Iman...teruskan berjuang demi sebuah kejayaan...Alaaa...nampak sedap dan murah la Mee Abu tu..Mee Rebus tu pun menggiurkan..kena masukkan dalam wish list ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!