UTM - KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

"BABAH... Yaya dapat UTM...." 😭

RUGI tak rakam momen Pak Inche menangis kegembiraan apabila Iman memberitahu pilihan pertamanya semasa memohon menyambung pengajian di universiti awam diterima. Sk pulak tak ada di rumah semasa keputusan UPU keluar. Iman cerita, lepas dua kali ulang sebut Alhamdulillah, terus babah menangis macam baby, hahahaha. Iman pun nangis jugak, tapi Iman tu lainlah, kannnn.. hehehe.
Keputusan yang diharap-harap. Iman ditawarkan Program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Dengan Kepujian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, dan ini merupakan pilihan pertama Iman semasa mengisi borang UPU. Pilihan Iman yang lain, antaranya, UiTM, UMT, UUM dan UNISZA. Semuanya bukan bidang Teknologi Maklumat seperti jurusan semasa di Politeknik Ungku Omar dulu. Iman kata tak nak 'stress-stress'. Sk dan Pak Inche memang tak ada halangan dan paksaan, asalkan dia tahu hala tuju dan tidak terumbang-ambing dengan arus dunia masa kini yang semakin maju namun dalam masa yang sama lebih mencabar.

Sepelaung aje UTM ni dari rumah tapi bagi tahun pertama ni, wajiblah tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan pihak universiti. Iman kata, nanti, dia tak nak bagitahu kawan-kawan, dia orang Johor, tapi nak cakap, dia orang Kedah, hahaha. Iman, mana pandai bohong, iyo iyo o aje nak ngaku orang Kedah. Tapi, logiklah kan, dah bapaknya orang Kedah, cuma kad pengenalan ajelah kod 01, tak boleh tukar 02, hahahaha.

Di kesempatan ini, Sk ingin menzahirkan ucapan terima kasih di atas doa-doa rakan blogger dan pembaca untuk kejayaan Iman, tak kiralah sama ada melalui komen atau pun di dalam hati sahaja. Sk percaya, kejayaan Iman ni juga adalah tempias doa dari semua selain doa seorang ibu. Walaupun begitu, puncak kejayaan tu belum lagi berjaya didaki, mohon semua doakan Iman dapat melalui cabaran sepanjang bergelar siswi.

Terima kasih, semua.. Syukur, Alhamdulillah.


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah..sekali lagi tahniah Iman...tahniah juga buat kedua ibu bapa...selamat belajar dan semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Tahniah Iman Fatiha binti Mohd Rizar..
    Uis..sepalaung dari rumah tu nampaknya kita sama-sama tangguhkan dulu la visi nak kurus.Nanti kita mula kemudian lah kan Iman...hihihi
    Semoga dimudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah Iman,SK & Pak Inche... Rezeki tu, dekat dgn rumah. Alhamdulillah PH tumpang happy utk SK sekeluarga 😁
    Iman pandai dak cakap Kedah? Hehe...

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Selamat meneruskan pengajian.
    Macam mana hendak tipu kalau tiap-tiap minggu balik rumah? Hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!