MAKAN DI BARYANI SEDULANG BENTENG ORIGINAL BATU PAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

TAK perasan pulak tertinggal cerita singgah makan Nasi Beriani Kambing ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka beberapa minggu lepas. Pembaca setia blog tentu tahu dah perangai Pak Inche yang tak mahu ikut lebuhraya setiap kali balik ke Johor (jika dari Melaka). Kadang tu geram juga sebab perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tak sampai dua jam, boleh jadi empat jam.. meleweh-leweh, hahahaha.

Ngam sampai Peserai, Batu Pahat, perut mula menunjukkan tanda-tanda mintak diisi. Sk mencadangkan agar kami singgah ke Medan Selera Benteng untuk makan. Benteng ni, bagi pembaca yang tidak biasa dengan Batu Pahat, merupakan sebuah medan selera yang terletak di tepi jambatan/ sungai Batu Pahat. Walaupun selalu dikecewakan setiap kali hendak makan nasi beriani di sini, namun masih tidak serik nampaknya. 


Seperti dijangka, Nasi Beriani Md Sah dah wassalam. Pak Inche memilih gerai Baryani Sedulang Benteng Original. Pelbagai cara mengeja perkataan beriani ni, kan.. tak kisahlah, janji bunyinya sama, hehehe.


Syukurlah, masih ada lagi nasi beriani di Baryani Sedulang ni. Teringat kedatangan kami sebelum ini, sebutir nasi beriani pun tak dapat. Mujur tidak kempunan.


Kami masing-masing memilih Beriani dengan lauk Kambing. Nasi beriani dihidangkan dalam pinggan warna perak yang agak besar dengan sampingannya Acar Jelatah. Daging kambing yang diberikan juga banyak. Masakannya tidak mengecewakan, licin sepinggan.


Kesian, Pak Inche.. dari pergi tu penat memandu, dari Johor Bahru sampai Segamat. Kemudian belanja pulak tidur semalam di hotel. Pergi kenduri pulak, tak dapat makan nasi beriani dan dia pun sebenarnya tak makan sayur pisang. Walaupun begitu, kelihatan sungguh ikhlas menyantuni jemputan sahabat lama. Sk fikir, biarlah kali ini, Sk pulak yang belanja. Nanti nak sampai ke Johor ni, nak kena bersengkang mata lagi. Murah sangat ya, Nasi Beriani Kambing baru doblas inggit sepinggan, tak silap semua macam baru RM27 ke RM28.


Sekali....
Ces, kuang asham! Kita dah belanja makan, kita pulak yang kena bersengkang mata rupa-rupanya.. sabar sajo laaaaaaaaaaaa...

Baryani Sedulang Benteng Original Batu Pahat

2, Jln Peserai, Kampung Pegawai, 
83000 Batu Pahat, Johor

Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali Rabu

Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi : 017-718 2439

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehe... sampai tertidor ye...
    Murah tu, SK. Sini, nasi beriani kambing paling murah 15 hinggit...

    ReplyDelete
  2. Lawan dengan sirap bandung pulak tu! Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Murah naw tu kalau beriani kambing pun baru doblas ringgit ja..Biasa beriani ayam pun dh cecah namblas henggit

    ReplyDelete
  4. Murah betul harganya ye SK...aduhai..last sekali lolapppppp....

    ReplyDelete
  5. sedapnya....byk pilihan nasi beriani di BP...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!