AYAM MASAK CABAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

DATANG jugak mambang rajin semalam. Sk ni sebenarnya menurut jer apa kemahuan Pak Inche. Nak masak ke.. nak masak apa.. nak makan kat kedai ke.. nak makan kedai mana ke.. ikut dia la. Kadang-kadang, ikut juga cadangan Iman bila Pak Inche dah kehabisan cadangan idea. Tapi, yang penting, dorang cuma boleh bagi cadangan je, jadi tak jadinya bergantung kepada kuasa veto Sk juga, hahahaha.


Kalau lauk Ayam Masak Cabai ni, dah tahulah kan atas cadangan siapa. Stok cili dan bawang kisar memang masih banyak, jadi memang tak ada sebarang bantahan. Iman pulak nak keluar dengan kawan dia, Sk dah minta dia rendamkan ayam dalam air kemudian letak di chiller. Sk balik dari pejabat, ayam dah lembut dan boleh diperap garam dan kunyit.

Lepas perap ayam, barulah jerang nasi. Kemudian, goreng ayam dulu sampai siap baru menumis sambal guna minyak gorengan ayam tu, barulah umph!


Selalu, ada ayam goreng lain, kan.. yang tak bercampur sambal, tapi kali ni tak ada. Rasa, macam dah berapa kali masak sambal ayam ni tak ada ayam goreng, malas 😆. Mujurlah dalam bekas ayam tu ada hati, pedal dan jantung ayam.


Makan berdua sajalah, Imannya belum balik. Dengarnya dah nak balik tetiba mak kawan dia mintak belikan makanan kucing. Malam-malam kebanyakan kedai kucing kan dah tutup, tu yang menjajar sampai ke Tampoi.. ke Uda pun tak ada. Sekali dah masuk taman nak hantar Iman, ada kedai kucing masih buka, laaaa.. kalau tahu tak payah pusing jauh-jauh 😆.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesekali masak macam ni bocor periuk..kadang lauk yang simple kering2 mm ni yang buat x cukup nasi kan

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera.
    Sedapnya cabai masak ayam.

    ReplyDelete
  3. Teringin rasa air tgn Kak Seri . Hihi . Lagi lagi lauk nih 🤩🫶

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!