SAMBAL TUMIS BILIS & ROTI TELUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

DAH malam-malam ni baru ada hati nak masukkan new post di Alam Sari Tanah Jauhar 🥹. 

Dah tiga biji (sehari sebiji) makan pil untuk allergik/gatal-gatal. Rasa gatal dah kurang tapi masih ada. Sk ingat lagi, ada sekali dulu, masa bujang trang trang trang, Sk ke klinik untuk dapatkan ubat gatal, doktor kata, beliau akan beri MC. Sk pelik, gatal aje pun kenapa dapat MC. Rupanya ubat gatal tu mengantuk, memang tak ingat dunia ya dia punya ngantuk tu, rasa gatal pun lenyap terus. Tapi ubat yang ni, Sk beli dari farmasi, tak mengantuk dan gatalnya tak hilang terus, tapi dah kuranglah. Cuma kesan bengkak macam gegata tu masih ada, kulit pun dah rupa kulit cempedak yang tajam-tajam tu. Gatal ni Alhamdulillah, tak kena satu badan, cuma lengan dari bahu sampai pergelangan tangan di kedua belah tangan. Kali terakhir kena eczema sebelum PKP. 


Yang paling susah sekali bab nak pantang makan ya. Pantang jumpa adalah. Orang kata jangan makan telur, pun makan jugak. Sebab sorang-sorang dekat rumah, Sk masak benda yang lama teringin, Sambal Tumis Bilis dan goreng Telur Mata. Sebenarnya teringat-ingat TT Khairul Aming, makan Sambal Nyet dengan Telur Mata, cuma Sk tak tuang kicap je 😆.


Dah petanggggg tu, teringin Roti Telur pulak. Roti Gardenia Pak Inche ada setengah buku kot, biasalah tu, beli, makan separuh, separuh tak habis sampailah expired. Sk celup telur, goreng deep fried, makan cicah mayonis dengan sos cili. Nampakkkk.. macammana gatal-gatal kau nak baik Sk oi? Masih makan pedas, makan telur dan gluten. Ni semua makanan yang patut dielak pengidap eczema. Dahhhh.. itu jer yang ada. Lagipun sebenarnya bukan lapar tapi bosan 🥹. Huhuhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haahha..SA pun sama..xde pantang2 de...pantang jumpa ada la...

    ReplyDelete
  2. Betul tu SK, memang susah nak pantang makan. Kena istiqamah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!