MAKAN KEFCI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

"KITA makan kefci laaa...," jawapan Pak Inche bila Sk tanya, apa nak dimasak untuk makan malam. Biasa, kalau Pak Inche nak makan kefci tu ada bola di tv. Sk ni memang tak ambil tahu jadual bola, bila ditanya, ternyata betul.


Sebenarnya tak ada kaitan pun kalau difikir-fikir. Duluuuuuu memang betul, Sk bentang saprah depan tv dan kami makan sambil menonton bola. Tapi, sejak dah remaja purba ni, lebih selesa makan di meja makan, tak kiralah sama ada makanan fast food atau makanan yang dimasak. Kalau tapau atau masak burger pun, tetaplah makan di meja. Yang penting sejak dulu sampai sekarang, mesti nak makan sama-sama.

Tapi, bukan setiap kali ada bola la ya kami beli kfc ni. Kami bukan kerap pun beli makanan dari restoran makanan segera, sebulan tu adalah sekali, kadang-kadang tak beli langsung pun dalam sebulan tu.


Iman yang bukakan kotak ayam goreng terkejut bila tengok banyak bahagian peha. Sk pun terkejut jugak. Rupanya, Pak Inche yang minta bahagian peha dan dada saja, tak mahu lain terutama kepak ayam. Sk selalu cakap, beli kfc rugi kalau dapat kepak ayam sebab kecik tapi harga sama. Tu yang dia minta dada dan peha aje, dan boleh pulak ditunaikan staf kfc tu, selalunya jangan harap laaa, hahaha. Bahagian peha tu kegemaran Pak Inche dan Iman sampai berebut-rebut siapa cop peha dulu. Nahhhhh.. kali ni, dengan Sk pun dapat makan peha 😆😆😆.

Tapi tu laaa... ada ke staf tu bagi sos tomato banyak-banyak, sos cilinya sikit jer. Mujurlah kita mak-mak Asia ni selalu simpan sos peket yang tak habis makan. Bukan tak ada sos cili dalam botol, tapi feel dia lain tuuuuu..
🤣🤣🤣
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haaa...bagusnya pekerja tu melayan PI nak paha banyak erk..kalau SA pernah beli sekotak mcm tu semua dapat dada..rasa nak carut je

    ReplyDelete
  2. Agaknya bila request peha ayam tu staf ingatkan yang nak makan tu baya-baya Upin Ipin la tu🤣..tu yang dibaginya sos tomato bebanyak

    ReplyDelete
  3. Kita pun peminat bahagian peha juga.

    ReplyDelete
  4. Saya suka bahagian isi atau thigh tu...Ehh baguslah dapat Bahagian peha....sos tomato pun saya suka...Kebiasaannya..saya mesti amek sos tomato bila datang KFC...Tapi buah tomato saya tak suka pulak..hahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!