SARAPAN DI HALAMAN KITCHEN & COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


FIDAH ajak makan sama-sama pagi ni. Memandangkan pagi ni tiada program mengaji kerana ramai yang terlibat dengan rehearsal konvo, jadi, kami terus keluar sarapan. Fidah suruh Sk pilih tempat, Sk tanya, nak local atau western? Kata sepakat dicapai, Sk bawa Fidah ke Halaman Kitchen & Coffee yang terletak di Kampung Melayu, tak sampai 10 minit dari pejabat.


Sk pernah datang sekeluarga ke sini tapi masa tu tak jadi makan sebab nampak ramai yang belum dapat makanan dan satu lagi tak ada meja yang teduh. Tahulah kalau ada Pak Inche, keselesaan tu penting kalau tak boleh bawa bergaduh, hahahahaha. Mungkin hari ni merupakan hari bekerja, jadi tak ramai pelanggan, lokasinya juga agak terpencil dan terletak dalam perkampungan yang mana jalannya agak sempit dan banyak pulak simpangnya.


Turut bersama kami, Azlina. Kadang Sk panggil Ina, kadang Sk panggil Hajah. Di pejabat Sk ni ada tiga orang yang nama Ina. Ada Azlina☝️, Zalina dan Zurina. 


Makan besar kakak berdua tu. Sk sekarang pagi dah tak makan banyak (tipu). 

Menu Pilihan Fidah & Ina
Morning Big Breakfast RM27
Dalam set ini ada chicken sausage, baked beans, sautee mushroom, chicken ham slices, hashbrown, sour dough, salad dan telur. Telur tu boleh pilih sama ada nak scramble atau telur mata. Porsi dia besar ya.. sangat berbaloi.

Menu Pilihan Sk
Turkish Egg (Cilbir) RM18
Runny Poached Egg on Garlicy & Herb Greek Yogourt with drizzled of Alepo Butter dihidang bersama dua keping sour dough toast. Kalau tengah diet memang sesuai la ambil menu ni, tapi Sk tak diet pun. 

Terima kasih, Fidah belanja. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezekimu, diberi kesihatan yang baik, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Turkish egg tu nampak macam sedap la. Nampak mcm shakshuka pun ye.

    ReplyDelete
  2. Besar portion tu kalau SA sure x habis..nampak je suka makan dan kuat makan tapi tu la..perut kecik..cenonet jer bleh masuk

    ReplyDelete
  3. ya ampun kak menggoda nya semua sarapan tu kak oi... lagi la menu telur akak tu

    ReplyDelete
  4. Geng sekolah kita berapa kali ajak ke sini, dah dekat kan, semua stay Kg Melayu.. tapi tu laa, plan bagai nak rak, bila dah keluar, ke lainnn perginya hahahaha nanti nak gak le ke sini try

    ReplyDelete
  5. nampak baked beans teringat anak bulus dirumah...dorang suka baked beans u. sesaja letak eh sekali licin.

    ReplyDelete
  6. Happening juga tempat dia ek...menarik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!