SARAPAN NASI LEMAK DAUN PISANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

HARI ini pergi kerja satu kereta dengan Pak Inche sebab Iman pinjam kereta selama empat hari, dari hari ni sampai sabtu. Belum mampu lagi nak hadiahkan belikan anak kereta, kami tak se-ada-ada sebagaimana orang lain bersangka-sangka. Nampak macam banyak nau duit kan, jalan sana-sini, makan sedap-sedap, hahaha. Sampai ada yang tak puas hati pulak nampak kita bercuti dan jjcm macamlah kita mintak duit dia. Duit nak makan pakai tu ada, insyaAllah, tapi untuk tambah komitmen bulanan, belum terdesak lagi. Masih boleh kawtim la hari apanya yang Iman nak guna kereta dan Sk boleh tumpang kereta Pak Inche. Mujurlah pejabat kami dekat-dekat cuma waktu bekerja jer tak sama.


Singgah Warung Pacak Pulai Mutiara, Pak Inche nak beli Nasi Lemak Daun Pisang. Kita mintaklah belanja dua bungkus. Ni memang favourite Pak Inche la, dia kata, rasa nasi lemak tu dekat nak sama zaman dia sekolah dulu. Kat sini, pukul 8 tu kalau nasib baik dapatlah NLDP ni, lambat sikit dah wassalam. Sampaikan kadang Sk kena tolong belikan dan tumpang kat situ, nanti Pak Inche nak pergi kerja dia singgah ambik, hahahaha. Tapi Sk tolong time tak ada bekal roti la. Kalau semata nak singgah tolong beli, kirim salam 🤣. Biasanya kalau dengar Pak Inche mengeluh asyik tak dapat beli, barulah Sk singgah tolong belikan dulu. Malas eh nak berhenti-berhenti ni, dahlah jalan tu kadang sesak 🥹. Kakak dan abang yang meniaga ni pun dah kenal die hard fan nasi lemak dia 🤣.


Masa awal berniaga dulu, harganya RM1.50 saja. Sk masih ingat lagi, masa tu, sambal dia cair, nanti bila kita buka bungkusan tu, dah macam bergaul dengan nasi sebab sambal dia dah meresap. Lama-lama dah okey la sambalnya, tak cair dah, dan sedap. Bagi Sk dulu sedap biasa-biasa aje, lagipun murah. Sekarang ni dah naik 50 sen dan Sk rasa porsi dia pun macam kurang dari dulu. Dulu telur sebelah, sekarang suku aje. Tapi Sk faham, mereka terpaksa naikkan harga kerana kos bahan mentah pun sekarang dah tinggi. Daun pisang tu pun beli agaknya, bukan cantas belakang rumah.Tu tak pa.. ingat senang ke.. mana nak potong daun, nak lap bagi bersih. Nak potong suratkhabar lagi. Tu mujurlah sambil jual tu sambil bungkus, kalau bungkus dari rumah, dah kena bangun pukul berapa agaknya, kita sedap dibuai mimpi, mereka tersengguk-sengguk bungkus nasi lemak.

Eh.. panjang pulak kisah nasi lemak Sk hari ni 🤣🤣🤣🤣

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Peniaga sekarang memng tengah struggle, nak naikkan melampau pun x boleh sebab akan hilang pelanggan, terpaksa la kurangkan sikit2 dan naikkan harga kan..kita memang teringin nasi lamak daun pisang..until today x dapat..ada yang Nasi lemak Saleha..tapi rasa dah x sesedap dulu

    ReplyDelete
  2. nasi lemak daun pisang mmg best ..susah dh skarang nk dpt yg murah dgn keadaan smua brg naik harga kn...paling murah rm 2

    ReplyDelete
  3. Sedappp!
    Skrg susah nak jumpa nldp yang sedap2 macam dulu :(
    Hari tu PH ambil sebungkus di kedai mamak, Allah x tertelan nasinya, tawaq hebiaq sambalnya! Bukan nak mengutuk tapi biarlah ada rasa, wpun tak sesedap mana.

    ReplyDelete
  4. Rezeki orang lain2, tapi setiap org ada bahagian rezekinya cuma cepat atau lambat je dan tak semestinya dalam bentuk wang ringgit 😊.

    Suka makan nasi lemak daun pisang. Kalau sambal dia power, sedap la nasi lemak tu.

    ReplyDelete
  5. sedapnya...makanan sedap mmg laku keras...harga pun ok, saiz mengecil tu fenomena biasa jaman now...

    ReplyDelete
  6. NLDP kalau kena yang sedap memang feel makan...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya pulak nengok nasi lemak ituuu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!