SARAPAN DI RUMAH NENEK CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

PAGI tadi, lepas Pak Inche pergi kerja, barulah Sk bersiap untuk jemput tuan puteri balik dari kolej. Sepatutnya ambil malam tadi, tapi Pak Inche kata, ada live bola antara Perak vs JDT di kaca tv. Sk offer ambil Iman petang, tapi dia kata ada kerja. Mujurlah jugak, sebab petang semalam hujan lebat menimpa bumi Tanah Jauhar, Jalan Skudai pasti sesak kerana air bertakung. Masalah sejak berkurun-kurun. Jadi, pagi ni la baru ambil anak bertuah 😍.


Alang-alang, teruslah pergi bersarapan. Hari itu, dia merajuk sebab Sk dah pergi sarapan di Halaman Cafe & Coffee tak bawa dia, kita ubatlah hati yang merajuk tu ke sini.


Generasi hari ini, sukakan vibes dulu-dulu. Banyak cafe baharu dibuka dengan bertemakan zaman nenek moyang kita dulu. Tapi, nenek di sini, nenek ranggi tau!


Terpesona bila melangkah masuk ke dalam cafe. Jom kita tengok menu!


Nasi Lemak dengan beberapa pilihan lauk.


Nasi Beriani pun ada


Pilihan Mee Siam atau Bihun Goreng 


Mee Goreng.. yang ni dia guna seakan mee wantan.


Desserts dan rojak


Minuman


Kuih-muih beraneka macam, seketul RM2. Lain kali nak datang minum petang pula.


Puas membelek ke depan belakang 🤣 akhirnya Sk pilih Balinese Rendang Chicken dengan Nasi Lemak. 


Terpukau sebentar bila nasi lemak dihidang ke meja. Nasi Lemak Rendang Ayam dihidang bersama jajan Keropok Udang, kacang tanah goreng salut telur dan sebelah telur rebus, dihias pula sekuntum bunga anggerik. Nasi lemaknya sedap, berasa asli santan, sambal tumis pun sedap, macam masakan nenek-nenek.. seriussss. Ayam rendang tu whole leg, rempah rendang pun sedap.

Sk jarang minum ais pagi, tapi kali ni nak minum Kopi Peng Signature Nenek, sedapppp!


Pilihan Iman, Honey BBQ Chicken with Rice Egg Noodle. Dia punya presentation lagi mantap dari gambar pada menu. 


Kalau nasi lemak dihidang dengan keropok udang, mee ini pulak dihidang bersama kerepek pagoda. Macam best aje la, sambil makan main course kita borak-borak sambil makan jajan gitu, hahaha. 


Jemput makan, acikkkk!


Rumah Nenek ni tak ada dalam waze, anda boleh gunakan carian google atau masukkan alamat. Cuma satu jer masalah problem, macam susah sikit ya nak parking kat sini, tapi.. insyaAllah, ada tu nanti 😍

Rumah Nenek Cafe

82, Jalan Kemunting,
Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor.

Buka setiap hari kecuali Isnin
9.30 pagi hingga 6.00 petang

No Telefon 016 7005335

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. quite pricey tp kalau sedap why not kan. kopi tu mmg sangat menarik dimata...diminum apatah lagi agaknya...ahhhhh jangan kejam sangat bab-bab kopi sedap ni boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Huntungla nenek ada cafe
    Bunga anggerik tu nenek bagi gratis aje tak payah bayar

    ReplyDelete
  3. bila baca tajuk entry ni ingatkan pergi sarapan di rumah nenek SK tapi bukan.. makan di kafe nenek ranggi rupa2nya 🤭

    ReplyDelete
  4. Menariklah menu Nenek Cafe ni kan... Mesti sedap :)

    ReplyDelete
  5. Uniknya!
    Kita terus terpikat tengok gambar-gambar menu.
    Tengok hidangan di atas meja, terliur dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. boleh lah ke sini...Cik Ipan Pipi Tembam suka sangat dim sum

    ReplyDelete
  7. Omg,langsung saya masukkan ke dalam list kuliner kalo nanti ke JB 😍😍😍. Dahlah tempat baguuuuuus, makanan dia pun terlihat sedaaap 😍😍😍🤤.

    ReplyDelete
  8. orang merajuk, kenalah pujuk..hihi..suka vintage, old school cafe...presentation mantap...nice...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!