SARAPAN NASI GORENG & BERTUGAS KONVO 2023

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

TERLAKSANA sudah tugasan sebagai AJK Jemputan & Sambutan Pelajar, Majlis Konvokesyen tahun ini. Sejak berkhidmat, Sk telah pernah bertugas sebagai AJK Majlis (terpaling banyak kali), AJK Cenderamata, AJK Pendaftaran, AJK Disiplin dan kali ini rasanya tugas paling mudah tapi agak mencabar juga kerana bertugas di tengah panas berdenting!


Mula plan nak sarapan tosei kat kedai mamak, tapi pagi-pagi malas pulak nak keluar sebab nanti terkejar-kejar pulak nak bersiap ke majlis konvo. Sk bertugas sesi petang bermula jam 12 tengahari.


Sup sap sup sap, nasi goreng siap, rencahnya ayam. Ketuk cili api sikit dan tumisannya Sk guna cili kering kisar. Ada telur separuh masak untuk Pak Inche. Masak nasi goreng ni bagus sebab Pak Inche suka ulang-ulang makan. Sk balik, nasi goreng dah habis.


Dah siap gosok baju ni nak pakai. Tahun ini temanya batik warna bebas, tapi boleh jer pakai tema lain jika tiada batik. Fikir-fikir, tak sanggup pulak nak berpanas-panas dengan baju full lining ni.


Pakai batik jugaklah.. hahahaha. Selesa baju ni tapi Kak Imah kata, badan susut lagi ke, pasal baju nampak besar, hahahaha. Entahlah, baju ready made memang susah nak dapat saiz yang sepadan dengan badan. Berat Sk ni dah setahun menepu, nombor dia sama aje.


Lepas bertugas, Sk dan Kak Imah singgah Fesko atau Festival Konvo. Kak Imah tengah nak pilih mochi tapi tak jadi.


Singgah SRZ Sushi ni.


Dia tulis sini sushi RM2. Rasa macam kena scam pulak, ambil tiga biji dia kata RM9.50. Ternyata sushi yang RM2, Inari tu lain harga dia tak label, mungkin RM3 sebijik yang ada cheese RM3.50. 


Haus giler.. belilah air kelapa muda. Sekali lagi terasa kena scam, RM6 secawan. Biasa minum kelapa muda oroginal sebiji RM5.50. Dahlah ais aje yang banyak, isi kelapa langsung tak ada.


Kak Imah beli keropok lekor. Kemudian kami singgah beli kuih (tak ambil gambar). Sk beli Lopez RM3/3's dan Kaswi Pandan RM2.50/3's untuk Pak Inche. Kaswinya lembik sikit, lopez pulak air gulanya rasa besi 😆.


Inari tiga ketul RM9.50, nasib baik sedap. Tak baik tak letak tanda harga betul-betul dik, tahu modal tak murah tapi jangan mudah permainkan hati orang tau!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Biasalah SK...bila event gini ramai je ambil kesempatan :(

    ReplyDelete
  2. X semua vendor telus SK..masa ni la diorang pulun harga...nampak sedap plak Inari tu SK...x baik ye..air kelapa secawan RM6...

    ReplyDelete
  3. Segak depa dengan persalinan batik...

    ReplyDelete
  4. Tak sukalah beli air kelapa muda cenggitu. Baiklah beli kelapa ori.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!