MASAK RENDANG NASIB TAK ADA KERISIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

RISAU betul tengok masih ada bahagian lembu korban yang belum dimasak dalam freezer. Sk sebenarnya sampai sekarang ya tak boleh lupa kisah masa tinggal di rumah keluarga sebelum kahwin dulu. Masa tu, Sk ni remaja lagi dan di sebelah kanan rumah Sk ni, tinggal seorang ibu tunggal yang dah berumur dengan anak cucu dia, kami panggil wak. Masa tu dah nak-nak dekat raya korban, dia berborak dengan sepupu Sk, Along Nita namanya. Dia kata, tak heran daging korban, daging korban tahun lepas pun ada lagi. Tercenganglah Along Nita dengar, hahahahaha. Jadi, kalau boleh, Sk tak nak la simpan organ lembu tu sampai raya haji tahun depan pulak, hahaha. 


Organ lembu seperti hati, limpa, jantung dan buah pinggang dari seekor lembu ni memang ditimbang dan dibahagi tujuh. Yang ni semua bahagian Pak Inche la.


Kisar halus

5 batang serai
2" halia
1" lengkuas
1 buku kunyit hidup
1 biji bawang besar
1 tbs biji ketumbar
1 tbs jintan putih
1 tbs jintan manis


Masukkan dalam kuali bersama organ lembu tadi.


Masukkan cili kering kisar dan bawang kisar. Cili kering dan bawang ni Sk ambil dua senduk dari pes yang memang Sk buat stok selalu tu. Cara buat pes boleh tengok DI SINI. Pes tu Sk guna untuk masak Asam Pedas, Sambal Tumis, Nasi Goreng atau Mee Goreng.


Lebur semua dalam kuali dan didihkan. Bila dah mendidih masukkan sedikit gula melaka. Sk letak sepertiga potong dari sebuku gula melaka saiz standard yang biasa dijual tu.


Selalu Sk masak rendang tak letak daun limau purut, tapi kali ni letak.


Kacau kacau kacau


Masukkan santan. Kerisek tak ada, kelapa parut pun tak ada, mujur ada santan kotak.


Kacau kacau kacau


Jumpa daun kunyit kering dalam esbox 🤣


Daun kunyit frozen yang dihiris dulu sebelum disejuk beku. Ni Iman yang hiris entah zaman bila punya ni agaknya 😆.


Masukkan asam keping


Garam


Aishhh.. shiappp.. buat rendang basah-basah. Nasib la ni dapat bahagian apa masa suap ke mulut. Tapi, Pak Inche makan sikit aje sebab tak ada lemang atau ketupat palas nak gu 🥹.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap..takde kerisik pun takde masalah..asal ada sikit-sikit rasa rendang tu

    ReplyDelete
  2. rajinn mak sari nih., wak pon sukak mkn rendam ayam., hehe

    ReplyDelete
  3. Tak ada kerisik pun ok. Tetap sedap!

    ReplyDelete
  4. Dah banyaknkali berangan nak masak rendang nasib ni tapi belum terbuat...
    Kalau sebut rendang nasib pasti saya akan teringan Zaiton Sameon

    ReplyDelete
  5. Menggoda betul la rendang nasib SK ni..SA nak buat fikir balik..A sorang je makan kalau adik beradik x balik, Pak Zain dan Mak Pah dah x leh makan daging dah..

    ReplyDelete
  6. Hahahahah, memang jangan sampai lah daging kurban THN ini bertahan sampai THN depan 🤣🤣.

    Sedaap nih dibuat macam rendang. Biasanya saya tak terlalu suka bagian dalam organ nih kak, tapi kalo dimasak rendang masih nak makan, soalnya bumbu yg kuat bisa menyembunyikan aroma dari organ 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!