BUAH DOKONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


SEMENJAK dua menjak ni, seminggu sekali Sk akan luangkan masa untuk makan tengahari bersama ibu. Sk akan tapau nasi dan lauk berasingan di kantin Kak Sab, kemudian makan dengan ibu di rumah. Sekarang, ibu tinggal bersama Cik Ani. Dari pejabat, Sk akan ikut lebuhraya Perling, sekejap je dah sampai. Nak balik pun ikut jalan yang sama, cuma kena bayar tol aje la pergi balik 😆.

Disebabkan ibu Sk ni tak makan ayam, jadinya pusing-pusing lauk tu jugaklah. Ni dah dua minggu berturut belikan lauk Asam Pedas Ikan Siakap. Cuma semalam ada bonus, sayur dua jenis iaitu Bayam Goreng Belacan dan Terung Masak Sambal. Minggu lepas belikan Sayur Lemak Kacang Panjang dengan Labu (mana tah gambarnya).


Lepas makan, ibu hulur semangkuk buah dokong yang dah siap dikopek. Tinggal nak ngap aje. Orang makan buah sebelum makan, kita makan buah lepas makan. Sk cakap, ni kalau Rizar (Pak Inche) dapat, suka dia. Terus ibu bangun ambil lagi dokong masukkan dalam tapau.


Nahhhh.. makan semangkuk, tapau semangkuk. Mesti Cik Ani terkejut buah dokong dia dah habis 🤣. Ibu kata, buah dokong bukan boleh simpan lama-lama, nanti busuk. Ia tak ia jugak, daripada busuk, lebih baik masuk perut Sk, hahahahaha.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak saya pun tak makan ayam, masakan ada pedas sikit pun tak makan, memang susah jugaklah bab lauk ni. Jadinya ulang makan yang itu itu jugaklah.

    Bagus ni..buahnya dah siap kopek, tinggal ngapp aje 😀

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...
    Siap kopek ye buah dokong tu...PH kalau rambutan rajin la buat gitu, kopek siap² simpan dlm peti ais. Berebutlah nanti kanak² Ribena tu :D

    ReplyDelete
  3. buah dokong dh siap kopek sure laju masing2 ngap hehe

    ReplyDelete
  4. dekat rumah ni pun sama saya la tukang kopek buah dokong,buah dokong kalau tak kopek nanti kulitnya cepat lebam kan mula la tak ada orang nak makan tengok kulit tak cantik

    ReplyDelete
  5. kalau kat rumah pun mmg buah2 gini ammi kopek sesiap masuk fridge. kalau tak kopek memang mereput gegitu je dalam esbok...tak pun kalau dorang kopek menjejeh2 airnya.

    ReplyDelete
  6. Kesian penanam pokok dokong
    Buah dokong jatuh harga menjunam

    ReplyDelete
  7. Wah, untung PI. Dapat setapau dokong berkupas. Tinggal ngap saja.

    ReplyDelete
  8. Mak Pah dah muak ayam...hehehe...bestnya makan buah dah siap kopek..senang kerja..

    ReplyDelete
  9. Oh buah dokong itu buah duku yaa. Saya suka juga buah ini, apalagi kalo manis 😍😍. Dah lama tak makan. Lagi musim kah? Nanti nak cari lah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!