Assalamualaikum WBT
SEJAK awal merancang untuk ke utara atau tengok kampung, Pak Inche telah menempah sebuah homestay di Penaga, Pulau Pinang. Kononnya nak menikmati suasana kampung tapi disebabkan beberapa kali pengalaman tidak enak yang kami alami, Pak Inche berubah fikiran. Lagipun homestay tersebut cuma mempunyai sebuah tandas, kami ni selalunya rasa nak melabur tu datang serentak, payah nanti ðŸ¤.
Jadi, fikir punya fikir, kita menginap di hotel saja la. Kali ini Pak Inche menempah dua bilik deluxe berharga RM178 semalam di The Jerai Hotel Sungai Petani. Kami cuba minta untuk daftar masuk awal melalui panggilan telefon namun paling awal dibenarkan jam 2 petang. Tu yang balik rumah Kuala Ketil dan makan tengahari dulu di Hashim Ikan Bakar. Mula tu ingat nak mandi dulu di Kuala Ketil, maklumlah dah lebih 12 jam kan, tapi kemudian fikir malas nak berangkut beg, mandi kat hotel jer la.
Haaaa.. menyesal tak mandi dulu apabila ditegur silent reader Alam Sari Di Tanah Jauhar yang sungguh rupawan masa nak daftar masuk tu. Malu giler tau, Sk pulak dengan muka tak siap dan tengiknya bau. Dahlah baru lepas makan di restoran ikan bakar, mesti bau asap jugak 😤 Tak tahu mana nak letak muka ni 🙈🙈🙈. Lepas berborak-borak, kami berpisah di lobi untuk ke bilik masing-masing.
Bilik yang kami inap ni besar sungguh dengan katil bersaiz raja, RM178 tu memang berbaloi sangat. Ada ruang yang luas untuk solat di tepi tingkap.
Meja solek diletakkan di sini, memang cahaya penuh la masuk. Kami ambil bilik bersambung dengan twin bed. Katil Iman saiz bujang, Iman kata, kalau dia terlentang jer terus penuh. Biasanya katil single hotel ni saiz super single, di sini betul-betul single 😆. Suruh dia cantumkan, tak mahu takut banyak habuk bawah katil.
Tak pasti nama hotel sebelum ni sebelum diambil alih oleh The Jerai Hotel. Lantai pun banyak yang sompek, agak bahaya bagi mereka yang bawa anak kecil yang masih merangkak.
Bagusnya hotel ni siap dengan seterika dan papan penggosok yang dijaga dengan baik. Tekanan air pancuran mandi sederhana sahaja. Kebersihan bilik air kurang memuaskan, tu tak pa, housekeeping cuma kemas bilik, menyapu dan buang sampah tapi tak bersihkan bilik air dan kami telah adukan semasa daftar keluar. Malas la nak bising-bising sangat. Hotel ni juga agak old skul ya, masih gunakan kunci, kali ni kami dapat bilik Tingkat Dua, hotelnya pun tak tinggi sangat.
Sk mulakan sarapan hari pertama dengan nasi lemak sambal tumis dan rendang ayam (ke kari.. lupa pulak ðŸ¤). Cukup semua aksesori nasi lemak iaitu telur rebus, timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng.
Lepas tu makan American Breakfast pula. Ada macaroni ala carbonara, kacang panggang dan sosej. Ambil omelette yang dah siap di Egg Counter.
Hari kedua bersarapan, ambil Kuey Teow Goreng, sosej dan Popiah Sayur. Semalamnya ada mee goreng, Iman kata, bolehlah. Biasa kalau Iman kata bolehlah tu, tak mengecewakan la. Popiah Sayur tu dua-dua hari ada.
Buffet Breakfast boleh dikatakan lengkaplah. Ada nasi lemak, mee/ kueyteow goreng, western, bubur, roti, bijiran, salad dan buah-buahan. Minuman panas seperti kopi dan teh juga sentiasa penuh. Juga disediakan jus mangga dan oren.
Kolam renang terletak di sebelah kafeteria jadi sambil ibu ayah sarapan, boleh perhatikan anak-anak mandi-manda di kolam. Anak-anak pulak kalau lapar, lari sekejap la nganga mulut dekat mak 😆.
Masih menggunakan sistem kupon yang perlu diserahkan di kaunter kafe. Kafenya tak besar tapi meja sentiasa ada. Mungkin kerana variasi menu pun yang asas sahaja, jadi, kita makan-makan apa yang ada sajalah.. gituhhhh!
Skrool... skrool cari gambar toilet dia takde pulak.
ReplyDeleteSK lupa erk.
Wow jumpa peminat 🤩
ReplyDeleteAmerican breakfast tu nmpk menyelerakan esp the omelette tu...
Puas hati dapat bilik luas. Lepas solat boleh guling-guling dari hujung ke hujung.
ReplyDeleteBilik nampak selesa dan luas. Makanan pun best2 semua. Berbaloi betul bayar bilik harga macam tu. Kat KL mmg tak jumpalah 😅
ReplyDeleteAlaaaa... takde gambar kolam renang ke? Uncle takleh tengok kolam, nak terjun!
ReplyDeleteWah..SK jumpa readers..best kan bila ada yang kenal...besar gak bilik dia dan nampak selesa
ReplyDeleteAda sarapan disediakan pun dah ok dah. Tak payah kalut kalut cari sarapan. Kalau macam saya ni, nak suruh anak mandi bersiap je, sempat habis sarapan kat cafe tu
ReplyDelete