Assalamualaikum WBT
MASIH kisah di Sungai Petani.. kronologinya 🤣
Masa nak ke Medan Selera Jam Besar Sungai Petani, ternampak kemeriahan di lorong yang menarik hati kami. Jadinya, lepas makan di medan selera, kami berpatah balik ke lorong tadi dan terjumpalah dengan event yang dianjurkan sempena Maulid, iaitu Minato Street Festival tu. Menghala ke sana tu, ternampak pulak dua buah cafe, jadi rancangannya malam akhir di SP nak makan malam di salah satu cafe tu. Tapi.. macam masih kenyang lagi makan Nasi Kandar Kampung Melayu, memang tak feel la kalau nak makan berat-berat.. tetiba ternampak nasi lemak daun pisang bersusun-susun kat tepi kaki lima kedai berhampiran SP Walk.
Konsepnya layan diri. Ambil bakul yang disediakan, kemudian pilihlah nasi lemak yang dihantar dari pelbagai vendor. Ada nasi lemak telur, udang, sotong, kerang, daging dan ayam, semuanya RM1.50 sebungkus.
Menariknya idea jual nasi lemak bungkus malam2. Lepas tu ada pulak dessert sekali. Kalau dekat boleh la kita pergi jugak hehe
ReplyDeleteMurah tu nasi lemak RM1.50 malam2. Macam2 jenis pula tu, mesti nak try semua jenis tu.
ReplyDeletemenarik.crepe dapat kek leleh pun dapat. bagus idea penjual tu
ReplyDeleteBesar gak portion dia erk walau harga cuma RM1.50 je..
ReplyDeleteKena zikir selalu ni supaya boleh sampai SP. In syaa Allah.
ReplyDeleteNasi lemak tu putih ke kuning SK?
ReplyDelete