Assalamualaikum WBT
NI kisah lama dan kisah baru... Bila malas masak dan malas jugak nak makan di luar, kita tapau siap-siap sebelum balik rumah.
Tapau Mee Celup tiga bungkus dari Restoran Ainoni waktu balik dari jalan-jalan sebab malas nak keluar semula. Setakat yang Sk pernah makan, mee celup di sini terpaling sedap. Setiap set mee disertakan dengan limau nipis dan chilli flakes serta cili jeruk. Sup dia tu memang dah secukup rasa.
Beli tiga bungkus, bukan mee sebenarnya tapi kuey teow. Supnya buka dua bungkus aje pun dah cukup. Memang dia bagi banyak setiap bungkus tu supnya.
Ni hari ahad lepas, balik kerja singgah Restoran Ainoni lagi. Memang kira dah sign darah laaa dengan Ainoni ni. Kali ni tapau nasi putih dengan lauk Ayam Pad Kra Pao dan Daging Pad Kra Pao. Masakan ni tak ada dalam menu, Sk tanya, boleh masakkan tak, dia kata boleh 😍.
Pesan kuah lebih, bergenang minyaknya. Yang ni versi daging lembu. Dia guna daging yang dihiris kecil-kecil, ada sesetengah restoran dia guna daging cincang.
Yang versi ayam ni tak berkuah sangat. Dua-dua versi pun sedap yang penting masakan Pad Kra Pao dia tak ada rasa serangga, hahaha. Pernah makan kat satu tempat ni ada bau kumbang busuk yang meresap dalam masakan sampai tak boleh makan, huhu. Sk ada tulis dalam blog ni, memang tobat tak nak makan kat sana lagi 🤣.
Mee celup kalau kuah sedap memang sedap la.
ReplyDeleteKita suka Mee Celup Bihun + Maggi Kak, sedapnya lahaii, letak chili flakes bebanyakkk dan sambal merah dia ..
ReplyDeletebesar portion kuetiau celupnya...puas makan...
ReplyDeleteterasa mcm lapar lak menengoknya tu kak oi
ReplyDeletelama tk mkn mee celup..kedai fav dh tutup...slalunya pilih bihun celup
ReplyDeleterasa serangga ek...biasa makan serangga ke camne ni SK?
ReplyDeleteammi sejak pindah balik seremban ni belum jumpa lagi kedai mee celup yg sedap dan menepati citarasa.
Bau kumbang busuk tu serupa bau daun ketumbarkah SK?
ReplyDeletePad Kra Pao tu favourite mama tu
ReplyDelete