SARAPAN MURTABAK DAGING PASAR MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

BULAN Oktober ni nampaknya tak ada plan Cuti-cuti Malaysia. Iman dah balik kampus dan tiada public holiday juga. Sabtu ni pula, berlangsung Majlis Konvokesyen ke 24 bermakna kena kerjaaaaaaa. Mujurlah sekarang dah tak jadi AJK Majlis lagi. Sekarang kita bagi pulak pada junior, kita jadi penyambut tamu, sudahhhh.


Malam tadi tak masak lauk baru. Masak nasi dan panaskan Sambal Taukua atas dapur.


Dalam rice cooker, letakkan pengukus dan panaskan seketul lagi Daging Beriani yang Pak Inche beli kelmarin.


Sekalinya Pak Inche bawa lagi lauk Kari Daging.


Daging Beriani dah habis, daging kari dan taukua ada sikit lagi. Ingatkan nak bawa bekal tapi tak jadi.


Selain tu, Pak Inche beli cekodok pisang dan murtabak dua keping, dia minta panaskan untuk bekal sarapan pagi ni. Babah bawa satu, bonda bawa satu, baiklahhhh!


Makan dengan kuah bawang ni stail utara tapi sekarang di JB senang nak jumpa la orang jual murtabak dengan kuah bawang. Yang ni bawangnya dia cincang guna chopper kot, hancusssss!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Musim konvo sekarang kan. Saya tak reti makan murtabak dengan kuah bawang sbb bukan peminat bawang 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawang sedappppp.. Carneyz ni sama macam Cik Sun rupanya tak suka bawang 😆

      Delete
  2. Kita dsri haritu Kak nak makan MUrtabak.. nampak gaya kena beli laa.. dekat jeini ada jual, tapi sebab takde delivery malas nak pakai bra keluar membeli hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii.. nasib takde orang nampak kita gelak sorang² 🤣

      Delete
  3. SA x pandai makan murtabak..yg pandai Dania je..

    ReplyDelete
  4. Pandai juga Sk makan murtabak stail utara.
    Saya dah cuba, tapi nampaknya tekak tak boleh terima. Nak makan murtabak dengan kuah kari/dhal jugak 😄

    ReplyDelete
  5. Saya suka makan murtabak dengan sos bawang ni. Sedap! Murtabak dalam gambar, tak sama macam murtabak sini. Nampak isinya tebal. Sini, mesti ada bahagian ada kulit yang dilipat tu. Bila perangat, rangup, jadi lebih sedap! :D

    ReplyDelete
  6. Murtabak ni kegemaran anak-anak tapi yang pelik saya tak pernah ajar depa makan murtabak sebab saya tak minat murtabak...hihihi

    ReplyDelete
  7. ammi dari kecik sampai ke remaja purba ni tak suka makan murtabak dgn kuah bawang tu. kena makan dengan kari jugak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!