Assalamualaikum WBT
PAK Inche kata, nak makan Mee Goreng untuk makan malam tadi. Sukalah Sk, bolehlah rehat-rehat sikit, penat kerja semalam. Pak Inche kata lagi, nanti dia pergi beli mee, nak beli apa lagi nak goreng mee? Aisehmannnn.. sekali dia suruh kita yang goreng rupanya 😂.
Amek kau! Sekali goreng, sekuali. Yang nak makannya dua orang aje 🤣. Pak Inche kata, jom hantar kat Iman. Aaaaa.. mana mahunya Iman mee goreng. Lagipun Sk fikir tak nak ganggu dia. Iman tentu tengah huru-hara kerana perlu mengelola penganjuran
Wonderfud Fiesta 2K23, salah satu projek terbaharu anjuran Kelab Kuda UTM. Ya, Iman dah jadi ahli Kelab Kuda, acikkkk!
Sk cuma letak sotong dan fish cake sebagai rencah mee goreng. Rempahnya pula, bawang putih, bawang merah, cili kisar, sos tiram, sos tomato, sos ikan, kicap cair, kicap pekat dan kicap manis. Tak letak garamlah sebab takut masin. Kalau rasa tawar, nanti makan boleh curah sos cili, hehehe. Lengkap jugak dengan tauhu goreng, sawi dan taugeh serta tomato. Sotong dan fish cake tu Pak Inche yang potongkan kecik-kecik.
Jadi, pagi ni, bersarapanlah Sk dengan Mee Goreng. Sk memang dah asingkan secukupnya untuk dipanaskan menjadi bekal hari ni. Banyak lagi tu nanti boleh buat makan malam esok pulak, tak boleh malam ni, nanti jemu.. hehehe.
Sebagai ahli kelab kuda, salah satu tugasnya ialah memanjakan kuda selain dari beri makan dan bersihkan kandang kuda. Cuma satu yang Iman tak sampai hati nak buat katanya, tunggang kuda 🤭. Faham-faham sajalah acik.
wah sedapnya mee goreng .resepi kita sama cuma LM jenis tak mo sos tomato atau sos cili. lain tu sama. sedap makan panas panas kan..nyumss
ReplyDeletemcm mana nie nak tunggang kud mcm nie iman...hahaha
ReplyDeleteKita dua memang peminat mee goreng kan..SA pun nak buat la mee goreng untuk bekal esok..hari ni buat nasi goreng sardin..
ReplyDeletebest tu hobi yang mahal tu berkenaan dgn kuda kak... menarik je mee goreng akak tu
ReplyDeleteala bestnya dapat manja dengan kuda..comei je
ReplyDeleteMi goreng berat ni
ReplyDeleteNampak sedapnyer
Sesekali nak makan selain daripada nasi.
ReplyDeleteSedapnyaa Kakk, Lin pun kalau goreng sekuali Kak, tak habis kita simpan hahaha
ReplyDeleteIman sama dengan kaka, segala binatang dia tak sampai hati nak tonggang huhuhu..
Ala, sweetnya Iman dgn kuda tu...pandai dia handle kuda tu 👍
ReplyDeleteNaper la kita tak berjiran ye SK 😄
Wow...
ReplyDeleteBestnya ...berkuda juga baik untuk kesihatan dan salah satu sunnah ni
Sorry lupa nak komen mee goreng yang nampak sedap tu...salfok kat Iman & kudanya😍
Deletesaya belum pernah tunggang kuda...teringin juga tunggang dan lari laju
ReplyDelete