SUP EKOR & UDANG PAPRIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

HARI ahad lepas, Pak Inche hantar gambar ikan yu ni kat whatsapp group. Pergi pasar borong Pontian, katanya. Dah gian la tu lama tak ke sana. Sk minta tengokkan kalau ada telur ikan mayong kat pasar tepi sungai tu. Ada, sepinggan/sepasang dua kantung telur, RM70, ya ampunnnn... Mahal namatey harga telur mayong sekarang. 


Hasil tangkapan di pasar borong, udang laut, sekilo RM68. Murah la.. nanti tengok bulan Januari, dah tak main harga puluh-puluh ni, maklumlah.. nak Tahun Baru Cina. Udang semua pakai lipstick dan kasut tinggi, mahunya RM120 sekilo 🥹. Pak Inche pilih-pilih 12 ekor, ngam sekilo. 


Asingkan dalam dua bekas, setiap bekas enam ekor. Tunggu Iman balik la baru masak udangnya.


Pak Inche minta masakkan sambal tapi Sk buat masak paprik. Sebabnya Sk nak padankan dengan lauk Sup Ekor. Macam tak kena aje kalau sambal lawan dengan sup. 

Udang Paprik

Udang, bersihkan
Sedikit minyak masak
3 ulas bawang putih pecahkan
3 hiris halia
2 tbs pes cili kering kisar bersama bawang (cara buat pes DI SINI)
3 tbs sos tiram
3 tbs sos tomato
1 tbs gula pasir
Garam secukup rasa
1/2 labu bawang besar merah potong baji
5 tangkai cili api belah dua
5 helai daun limau purut
Air secukupnya

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sebentar.
2. Masukkan pes cili dan bawang, kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau mesra. 
4. Masukkan daun limau purut, garam dan gula, kacau sehingga mesra.
5. Masukkan udang, bawang besar dan cili api. Balik-balikkan udang sehingga ia berubah warna. Masak anggaran 5 - 6 minit sahaja, tutup api. 


Ekor bahagian lembu korban Pak Inche ada dalam 6 ketul kot, memang dah aim nak masak sup siam. 


Sk guna Perencah Sup Siam jenama Adabi. Ekor tu, Sk rebus bersama halia dan sebatang serai dalam periuk noxxa. Siap merebus, Sk tukar mode stir fry, kemudian masukkan perencah ni, jus limau nipis (2 biji), akar pokok ketumbar dan sedikit sos ikan. Shedapppp betul ya, kalah Restoran Ainoni 🤣🤣🤣.


Pak Inchenya goreng telur. Masa nak kemas dapur, terkejut tengok minyak dia letak dalam kuali dah macam nak goreng ayam 🥹. Mulut ni lagi sikit nak berleter tapi teringat minyak dia yang beli 🤣🤣🤣.


Hari tu nampak viral pasal Shila Amzah masak satu lauk aje. 'Anda makan berapa lauk?' Alaaa.. kita sekali-sekala aje ada tiga lauk atas meja. Sk pun biasa aje dari dulu makan satu lauk, ikut pada tahap kerajinan. Ada satu lauk dah syukur, ada tiga lauk lagilah kita bersyukur, Alhamdulillah.. terima kasih, Allah swt yang memberi rezeki wang ringgit, kesihatan dan kesejahteraan.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lamanya tk mkn sup ekor....kedai fav area umh dh tutup yg slalu mkn

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi try masak udang paprik, selalunya ayam je saya masak paprik. Perencah Siam tu macam best je, nanti nak cari jugaklah.
    Kalau cakap pasal masak lauk ni, kiteorg biasa makan 2 jenis lauk - satu protein satu lagi sayur. Paling kuat pun 3 jenis kalau masak lauk yg tak semua makan contohnya anak sulung tak makan udang jadi kena buat ayam goreng utk dia jadi ada 3 jenis lauk atas meja.

    ReplyDelete
  3. Mahalnya telur ikan mayong sekarang... Baik beli udang hehe...
    Lama betul tak makan sup ekor...

    ReplyDelete
  4. SA x pandai makan satu lauk..paling skit 2 lauk..selalunya 3 lauk..hehhe..suami pun x pandai makan banyak lauk, cukup satu lauk je..tapi dia kena la terima hakikat..bini dia makan 2-3 lauk...

    ReplyDelete
  5. hahah...minyak dia yg beli apa ada hal. yang jadi hal kalau abih dinding dapur memercik minyak pastu tak reti lap. itu laki kita la tu...gerammmmmmm je mandang.

    ReplyDelete
  6. Sedap, sedap! Udang besor! Alhamdulillah, 3 lauk ke, 1 lauk ke, rejeki Allah bagi.

    ReplyDelete
  7. sup siam sedap..ada rasa masam2 sikit....selalu mkn 2 jenis - sayur & lauk...kalau masak tomyam, satu jenis lauk saja...hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!