SAMBAL TAUKUA, PUCUK UBI MASAK LEMAK DENGAN TEMPE & TOSEI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM petang, bandaraya Johor Bahru dilanda ribut. Lebih tepat lagi, pusat bandar JB sedangkan tempat-tempat lain dalam daerah JB juga cuma hujan turun renyai. Sk pulak keluar sekejap ke pasaraya Maslee berdekatan pejabat sebab nak beli tauhu, masa tu tak tahu lagi pasal ribut. Cuma hati risau teringat peristiwa ribut melanda Kampung Melayu beberapa bulan lepas. Doa banyak-banyak, mintak dijauhkan. Sekejap jer nak pergi beli tauhu sebab Pak Inche mintak masakkan Sambal Taukua.


Ada dua jenis tauhu dalam peti sejuk Maslee, tauhu lembut yang perlu diambil sepotong-sepotong dan tauhu keras yang siap pek dalam pek 3's dan pek 6's. Nak ambil yang tiga ketul macam tak cukup, ambillah yang enam. Sekeping tauhu tu Sk potong sembilan, saiz satu suapan. Biasa keluarga mertua masak potong empat jer.

Lepas potong terus campak dalam minyak panas, goreng sampai coklat keemasan, kemudian angkat. Guna minyak yang sama, tumis pes cili dan bawang kisar, masukkan sos tiram dan gula, kemudian masukkan tauhu goreng tadi, gaul sampai mesra. Siappp!


Kelmarin, kakak kafe asrama bagi Pucuk Ubi Masak Lemak. Tengaharinya dia tanya, makan tak pucuk ubi? Mahunya tak makan. Petang baru siap masak, dia hantar sebekas suruh bawa balik, Sk tak makan malam tu sebab masak Mee Goreng, simpan peti sejuk la dulu. Nampak tak, ada tempe dalam masak lemak tu. Dulu-dulu, Sk suka sangat ibu masak lemak tempe macam ni. Tempe tu, jangan goreng, terus masuk dalam masak lemak. 

Pak Inche pulak, bawa lauk Daging Beriani, beli dua ketul, RM12. Makna seketul tu, RM6. Padahal boleh jer beli seketul, nak jugak beli dua ketul. Kami makan seketul jer kerat dua sebab besar dagingnya. Pak Inche kata, dulu-dulu kalau kenduri makan berhidang, tuan rumah hidang daging seketul besar dalam mangkuk, mesti nanti ada yang tak sopan, ambil guna tangan. Memang geli la lepas tu nak makan, hahaha. Tak ambil gambar lauk daging tu, malas nak ambil handphone kat depan.


Dah dipesan belikan makan kucing, Pak Inche ingat Sk dah beli. Padahal Sk hantar gambar dah beli tauhu. Sabar aje laaa. Jadi, lepas makan, keluar beli makanan kucing, bukan dekat ya, kat Rania Pet House, Tampoi. Kedai tu aje yang ada jual kibbles kegemaran anabul kat rumah ni iaitu Neco Salmon. Dalam perjalanan tu la buka Tik Tok dan tahu pasal ribut kat bandar JB. Balik tu, Pak Inche ajak makan tosei kat Restoran Thoufeeq. Dengan Sk sekali terjebak uiii. Tu takpe, siap mengeteh sekali.. Ish ish ishhhhh!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masak lemak dengan masak sambal, gandingan mantap 😋
    Tambah pulak dengan tosei…lebih mantap 😆

    ReplyDelete
  2. Sambal taukua dulu-dulu memang antara masakan popular jugak ni..Dalam buki SRT pun ada sambal taukua ni dalam topil Kekacang

    ReplyDelete
  3. Haaaa...sambal tauhu...Mak Pah suka sambal tauhu..boleh la SA buatkan dia ni...

    ReplyDelete
  4. suka sambal tauhu ni...masa kecik kalau mama masak kari dhal kuning yg hanya letak ubi kentang mesti lawannya dengan sambal ni. marbeles

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!