Assalamualaikum WBT
PAGI ni Iman mendaftar Kolej Kediaman untuk Semester Tiga atau Tahun Dua di UTM, Skudai. Kalau ikutkan, siswa Tahun Dua sudah tidak diwajibkan tinggal di kampus namun Iman memilih untuk menetap di dalam U. Sk dan Pak Inche sendiri setuju agar Iman menginap di hostel walaupun kalau duduk di rumah boleh jimat macam-macam. Tak perlu bayar sewa, tak perlu keluar duit makan malam. Pak Inche boleh jer hantar ke U setiap hari tapi, kita ikut jer mana yang dia nak.
Kali ni katanya, mungkin dua minggu sekali baru balik ke rumah. Bilik baru ni senang nak mendobi sebab ada kedai dobi yang dekat dengan bilik. Senang budak-budak sekarang, tak perlu lagi nak sidai-sidai kain macam zaman kita dulu-dulu. Bukan setakat kena sidai kain tapi kena perah dan pulas kain dulu dengan tangan sebelum menyidai.
anak-anak ammi semua kena paksa makan sardin sbb amminya malas
ReplyDeleteingat masa kecik dulu jika x de lauk makan, arwah ma suruh pi kedai runcit beli sardin. dulu sardin ni makanan org2 miskin... tp skrg dah jadi hidangan kayangan plak...
ReplyDeleteKami berdua masa belum ada anak, memang sardin, telo, sardin, telo.. sekali anak anaknya tak suka pulak lauk sadin. kacau.
ReplyDeleteBagus Iman. Anak tunggal yang diasuh dari kecil untuk hidup berdikari.
ReplyDeleteNampaknya tak sempatlah nak panggil Mak Ngah makan sambal sardin sama-sama .
Seronok agaknya di asrama ramai kawan :)
ReplyDeleteKalau sebelah rumah boleh kita share SK... PH malas nak masak sardin sbb takde peminat huhu... dulu arwah mak ada, oklah ada geng :)
teringat dulu masa duduk UTM, jenuh juga nak pergi basuh kain kat dobi sebab ada kat kolej lain aje..kalo nak basuh sendiri, kena berebut ampaian and jaga-jaga bila hujan..haha..kenangan betul!
ReplyDeleteuikk, bocor periuk nasi tu maksudnya betul-betul bocor ke atau simbolik nasik habis..hahaha
Trauma apa itu sampai serik makqn sardin.
ReplyDeleteWah sambal sardin ada letak cili api besar yang tidak dipotong. Nampak menyelerakan.
Hari ni SA buat nasi goreng sardin..anak dara tu request...SA pun bawak la bekal sekali makan sampai tengahari...untuk tghari buatkan diatelur goreng kicap dan nasi putih..esok x tau nak bawak bekal apa..ingat nak buat mee goreng
ReplyDelete