Assalamualaikum WBT
MINGGU ni macam sekejap aje dah hari khamis. Agaknya banyak kerja minggu ni. Eh, dari minggu lepas la banyak kerja. Sampai penat-penat balik dari Sungai Petani tu pun terpaksa masuk kerja dan batalkan cuti, padahal bos tak paksa pun suruh masuk kerja. Punyalah komited kononnya, kannn 😆.
Masa Pak Inche bersungguh-sungguh mengajak bercuti sambil jenguk kampung hari tu, Sk memasukkan syarat agar kami ke Kampung Agong. Dah berapa kali pergi Penang, rancang nak pergi tapi ke lain perginya. Kadang-kadang, lepak jer di hotel sementara tunggu perut lapar. Bila dah lapar, keluar makan, lepas tu balik hotel semula tidur.
Sk dah tak yakin boleh lagi tak kayuh basikal, karang jatuh malu pulak, kita posing ajelah! Hahaha. Rasanya kali terakhir bawa basikal masa remaja dulu, kayuh di Bukit Cerakah, Shah Alam dengan bff.
Sebenarnya tak ada mood jugak nak ambil gambar dengan latar bendang macam ni, tapi dah sampai, kan. Peliknya ada tempat yang padinya belum dituai.
Iman pun kena paksa untuk bergambar. Sebabnya dia tak tahan cuaca agak panas. Eleh, panas sikit pun tak tahan.
Syoklah, menarik tempatnya. Kami yang duk Penang pun tak sampai lagi ni.
ReplyDeleteIngatkan kg Agong tempt yg pernah diduduki Agong satu ketika dulu...hehehhe
ReplyDeleteWaaaa..bestnya..semua gambar cantik- cantik la kat sini...
ReplyDeleteWah..cantik la tempat tu..saya blm pernah sampai
ReplyDeleteKalau tengok gambar...macam peringkat nak tanam anak-,anak padi ,( kami panggil anak semai)..Biasa musim menuai ada 2x..Kalau tak salah bulan Feb @ Mac nanti
Banyak berjalan, luas kampungnya ye SK.
ReplyDelete