Assalamualaikum WBT
PEJAM celik pejam celik, dah pun masuk bulan Disember. Nampak ramai yang kongsi keceriaan mangsa banjir tahun ini berbanding kesedihan macam tahun-tahun sudah. Banjir tahun ini dah dianggap macam pesta. Dorang kata, berdamai dengan takdir gitu. Apapun Sk doakan agar banjir segera pulih dan mereka yang terlibat dapat kembali ke rumah. Semoga ada pelangi selepas hujan.
Semalam, ingatkan nak masak Nasi Goreng untuk makan tengahari. Petang, Pak Inche bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Tapi, macam rasa tak kenyang pulak makan nasi goreng aje. Sk ajak PI tapau Nasi Kandar di warung depan Pasaraya Speedmart, Taman Pulai Mutiara. PI tak nak, dia kata daripada beli nasi kandar kat situ, lebih baik beli nasi dekat Restoran Thoufeeq, hahaha. PI ajak ke Restoran Selera Ulam di Taman Nusantara, jom!
Restoran Selera Ulam ni masih baru lagi dibuka tahun ini. Ini kali kedua PI tapau makanan kat sini dan Sk kali pertama. Selalu nampak kereta banyak betul, mesti ramai, ahhh.. memang betul ramai. Pilihan lauk-pauk pun tersangat banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Sesuai namanya Selera Ulam, pelbagai pilihan ulam dan sambal cicah jugak.
Pinggan Sk la ni
Nasi Putih
Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api
Rebung Masak Lemak
Ulam & Sambal Belacan
RM11
Pilihan PI
Nasi Putih
Babat Masak Lemak Cili Api
Paru Berlado
Sayur Kubis
Sambal Belacan & Timun
RM10
Burppp.. Alhamdulillah
Alhamdulillah... Sedap nmpak tu.. Pinggan lawa lah...
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.. Nampak sedap je.
ReplyDeleteSK, dapur kita bukan satu. Dapur kita ada di mana-mana hihihii. Tapau jew..
ReplyDeletePandai depa pilih lauk, telioq pulak kira tengok 😁
ReplyDelete