Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA bulan Julai ni merupakan penutup acara JJCM ke luar negeri (Johor). Lepas ni kalau nak JJCM, dah tak boleh jauh-jauh sangat sebab liga bola sepak Malaysia akan bermula mulai bulan ini bermakna PI akan mulai sibuk di meja berita sukan.
Sebagai pembuka tirai musim baru 2025/2026, tentulah Piala Sumbangsih 2025 yang akan berlangsung pada 8 Ogos ini (Jumaat), dimana selaku juara Liga Super 2024/2025, Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi diberikan hak menjadi tuan rumah untuk perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Memandangkan JDT juga adalah juara Piala FA musim lepas , slot lawan JDT untuk perebutan piala Sumbangsih diberikan kepada naib juara liga musim lepas iaitu Selangor dan Skuad Harimau Selatan akan turun dengan misi memburu Piala Sumbangsih ke-11 sejak 2014, InsyaAllah.
Ehemm... kalau nak baca tulisan PI, bolehlah baca di ruangan sukan Harian Metro/Berita Harian, byline Rizar Mohd Noor, hehehe.
Panjang pulak la mukadimahnya blog kali ni ya, ampunnnn. Okeylah, kita kembali kepada tajuk, Menginap 1 Malam di Grand Alora Hotel, Alor Setar. PI rindu nak duduk AS, maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, kan. Di AS ni la PI memulakan kerjaya di NSTP sebelum bertukar ke Johor Bahru sehingga sekarang. Tapi tak silap SK, macam ada jugak PI bertugas di beberapa cawangan lain antaranya Kuala Lumpur, Muar dan Batu Pahat.
Bilik kami di aras 12, nombor bilik 1204. Ini merupakan kali ketiga kami menginap di sini. Boleh baca kisah penginapan sebelum ini, klik link old post di bawah..
dan
View kali ni Pasaraya Lotus dan di belakang sana sawah padi nan hijau terbentang cuma padi belum lagi berbuah. Dekat bawah ni ada gerai-gerai makan. Memang tak lapar la kalau menginap kat sini. Kalau nak beli omeh pun sebelah hotel jer ada Kedai Emas Anuar, hehehe.
Malap betul lampu kat sini, memang nak suruh tidur aje agaknya, hahaha. Tapi tilam dan bantal dia, memang nyenyak la tidur.
Dapat bilik connecting dengan Iman. Iman suka la dapat tidur sorang, memang aircond dia 16° la tu.
Dah ada semula seterika dan papan penggosok. Masa menginap kali kedua tu tak ada. Tapi macam biasalah, Sk bawa seterika sendiri.
Sebelum sampai Alor Setar tu, kami singgah Butterworth dulu nak makan rojak dan popiah.
Ada tiga gerai rojak tak silap kat sini. Rojak kat sini bukan digaul terus dalam kuah rojak macam
Rojak Warung Padel tu ya.
Condiments rojak tu, dia cucuk pada lidi macam lok-lok dan jual satu cucuk tu 90 sen. Tapi tu la, buahnya tu dipotong tebal-tebal, ialah, kalau nipis kang, tanggal pulak dari lidi tu kan. Dalam secucuk tu, dia tak campur jenis buah, kalau nenas, secucuk tu semua nenas. Kalau tauhu, semua tauhu la. Kemudian dia bagi kuah rojak dalam cup, kita celuplah masa nak makan tu.
PI dan Iman beli rojak sementara Sk beratur beli Popia Basah. PI beli Laksa Penang jugak semangkuk, ABC dan Soya Bean.
Panjang barisan popia ni. Sebaik jer Sk beratur belakang sis tudung bunga ni, terus bersambung barisan belakang Sk. Tu takpa, sis belakang Sk ni pulak, makin lama makin rapat, makin lama makin rapat, lama-lama eh, dia ada dekat sebelah Sk pulak sampai bersentuh lengan, ko dah kenapa kak beratur macam tu? Ni bukan beratur berdua-berdua macam kat perhimpunan sekolah. Sk faham dia tak potong Sk, lalu Sk terpaksa cakap...
"Kak, boleh beratur belakang tak?"
Dia jawab ..
"Ya betul, saya tahu...." Aaaa.. Sk pun tahu dia tak potong masa nak beli nanti, tapi rasa tak selesa bila lengan dah bergesel macam tu, kan. Kalau ikut hati, nak aje Sk sekolahkan dia kat situ, tapi malas nak cari gaduh, karang tak pasal-pasal tular, dua makcik di Butterworth bergaduh berebut beli popia, hahahaha.
Lepas tu, pandai pun dia berdiri semula belakang Sk. Hurmmm... entahlah... macam-macam perangai.
Encik yang jual popia ni memang teliti ya buat kerja, sebab tu barisan panjang. Ada dua jenis sos dituang pada popia, satu jernih sikit, satu lagi sos merah ni. Nak asingkan sos pun boleh.
Kenyang pulak makan rojak dan laksa, jadi, popia tu kami makan kat hotel, bancuh teh o panas dan untuk Sk, kopi o. Kalau tahu nak makan kat hotel, patut asingkan kuah. Yang dalam plastik tu, roti butter kaya beli kat Hentian Tanjung Malim.
Pakej penginapan kami bersama sarapan di cafe hotel, yang dinamakan Lengkuas.
Esoknya, lepas subuh, PI boleh keluar pergi beli nasi lemak bungkuih.Tak silap, nasi lemak Pak Tak. Masa PI sampai, Pak Tak baru nak buka meja lepas tu terus kena serbu, PI cerita.
Nasib baik la.. sebab kat hotel takde nasi lemak pagi tu. Ada nasi tomato. Tapi, nasi tomato pun favourite PI jugak. Cuma dia tak makan nasi tomato pagi-pagi.
Sk macam tak ada mood sangat nak sarapan. Makan lempeng sambal tumis dan wantan goreng serta kopi o is must kalau sarapan kat hotel.
Lepas tu, kita makanlah nasi lemak IB (ikan bilis).
Nasi lemak bungkus plastik balut kertas ni memang trademark Kedah, kan.
Lepas tu makan Bread Butter Pudding, sedap sangat ni. Aglio Olio Spaghetti pun sedap, masak tak cincai. Burppp.. Alhamdulillah.
grand alora hotel ni company punya panel kalo kami outstation Alor Setar tp tk pernah try lg stay sini sbb slalunya stay dkt RAIA hotel ...dlm bilik ada iron tu best ..tk suka kalo iron xde..nk kena iron kt bilik khas
ReplyDeleteGrand Alora ni pun panel hotel company SA gak...sebab kami ada project kat sana so company pilih hotel ni...SA memang pi mana- mana iron bawak sebab kadang xde iron..malas nak iron tudung or baju kat luar walkway hotel tu...
ReplyDeleteTak suka betul org berhimpit2 masa berbaris. Ke akak tu nak ajak SK bersembang? hehe
ReplyDeleteSemoga kemenangan milik JDT lagi. Yang dinantikan juga perlawanan dengan NSFC. Best duduk bilik aras tinggi, jauh sikit nampak pemandangan tu. Baguslah juga dah upgrade kemudahan. Kedai kalau sedap, lambat buka memang kena serbu lah. Saya pun pernah tegur dengan makcik yang buat macam tu. Makin lama makin nak cantas que kita. Geram kan macam tu. Dah geram sangat, itu yang jadi sumber kekuatan yang tegur makcik tu. Makcik tak makcik.
ReplyDeleteLain gaya macam buah dan kuah rojak tu tapi okay jugalah kan macam tu. Kurang menjejes kuahnya.