BELI ROJAK WARUNG PADEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


ROJAK, antara makanan favourite Sk. Sejak kecik la suka makan rojak ni, kami panggil Rojak Petis. Dulu-dulu, ada pakcik jual naik motor, dia lalu sambil tekan hon dan jerit, rojakkk.. rojakkk.., hehehe. Kami pun cepat-cepat ambil pinggan kat dapur, mak ke abah hulur duit. Sebenarnya Sk tak berapa ingat bab siapa bagi duit, Sk ingat sorang lari ambil pinggan kat dapur, sorang lari keluar rumah tahan pakcik rojak, hahahah. 


Lepas tu, berkeliling la kami dekat motor pakcik rojak tengok dia hiris-hiris buah dan sayur sambil telan-telan air liur, haha.  Siap jer pakcik gaul rojak dalam mangkuk tembikar lebar tu, dia ceduk masukkan dalam pinggan, lepas tu terus ambil bawa masuk rumah, makan kongsi-kongsi bergilir-gilir, nostalgia.. hahaha.



Tapi sekarang, dah jarang jumpa orang jual rojak naik motor. Sekarang, kita dah ada kenderaan, kita pulak la cari dorang. Aaa.. ni gara-gara terliur tengok Rojak Petis Warung Padel asyik lalu-lalang kat TT. Warungnya dekat BBU aje, boleh la pergi, kalau dekat KL sana, kita mampu tengok saja laaa. 




Penangan viral kot. Sebelum ni mereka berniaga dekat depan rumah kosong depan Klinik Bio Sucinas tak pernah pulak orang berebut nak beli rojak, hehehe. Tapi tulah, agaknya sebab terlalu ramai dan tak mahu pelanggan tunggu lama, dia buat rojak sekali arung. Maksudnya, dia bancuh petis atau kuah rojak tu banyak-banyak terus dan potong buah banyak-banyak sekali, gaul rata, kemudian baru dia bahagi-bahagikan dalam kotak bungkusan.  Kalau dekat pasar malam ada makcik tu jual rojak petis jugak, dia dah siap potong dan asingkan satu set dalam polisterin, jadi semua orang dapat sama. Tunggu ajelah dia siapkan satu-satu. Ni agaknya dorang tak nak pelanggan tunggu lama, karang ada pulak beratur sampai surau.




Ada kawan office kirim jugak,  hehehe. Selain rojak petis ada juga rojak buah, tauhu bakar dan goreng pisang serta keledek. Keropok lekor dan cucur udang pun ada.




Daun kangkung selai, tauge sebatang kot,  hahaha. Memang nampak masa buat tu macam dia bajet letak kangkung, tapi nasib baik tauhu ngan nenas banyak jugak. Risau jugak kalau timun aje yang banyak,  hehe. Tak suka tauhu dia potong segiempat macam tu, patut kena hiris-hiris jugak macam dulu-dulu. Hurmmm.. banyak komplen la kau, Sk.. pegilah buat rojak sendiri!! Hahahaha.  

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nanti kalau SK buat rojak sendiri, suruh mambang hantar sepiring ke LD ye hihihiii.

    ReplyDelete
  2. Dulu² best kan, org niaga yg datang rumah... Kami dulu selalu beli sengkuang calit dekat pakcik motor :D

    ReplyDelete
  3. bila SK nak buat sendiri tu...hulur2 la skit kek somban..hahahaha...dapnya rojak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!