AYAM SAMBAL & SOTONG GORENG KUNYIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MACAM biasalah kalau pagi dah sarapan di luar, Sk akan masak untuk makan tengahari. Jika dah masak untuk sarapan , tengahari makan di kedai. Itu pun taklah makan betul-betul waktu tengahari, biasanya pukul 3, pukul 4, baru makan. Silap-silap, dah pukul 5 baru makan, hihi. Tapi hari ni taklah lewat sangat makan sebab petang PI nak pergi kerja pulak. Malam ni ada tugasan liputan bolasepak di Stadium Sultan Ibrahim, Pasukan JDT vs Brunei Darussalam.



PI minta masakkan lauk Ayam Sambal. Senang jer la masaknya sebab lada kering dan bawang pun dah siap kisar. Balik dari sarapan tadi lambat sikit sebab singgah beli makanan kucing dan singgah bank bayar duit rumah. Sampai jer rumah, Sk terus rendam ayam untuk defrost.




Sk tambah Sotong Goreng Kunyit. Lama no dah menyimpan sotong tu, risau karang jadi getah, heheheh. Mujurlah sotongnya masih elok dan lembut lagi lepas dimasak.


Kepak, leher, pedal dan hati ayam goreng. Jantung ayam dah kena ngap dengan PI. Dulu dia tak nak makan jantung ayam, jadi selalunya jantung tu Sk punya. Rasa macam nak merajuk cari batu belah batu bertangkup pulak tengok jantung ayam kita dah hilang.

Sayur aje la yang tak ada. Tadi malas nak singgah kedai beli sayur, sebenarnya macam rajin nak singgah tapi dua-dua laki bini perut dah memulas, kita balik terus laaaa.. hahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Di mana alamat batu belah batu bertangkup ye SK. Dulu baca buku ceritanya tak ada email address la hihihii.

    ReplyDelete
  2. ringkas je.. tapi nampak sedap..i

    ReplyDelete
  3. Kalau tak dapat jantung ayam, carilah jantung pisang.
    Muai banyak.

    ReplyDelete
  4. Syukurlah hati ayam di rumah ni hak milik kekal PH ahaha. Depa semua tak makan hati, pakat berebut pedal ayam je. Jantung ayam takde yg makan pulak 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!