Assalamualaikum WBT
SEMPENA perayaan Deepavali hari tu, Iman balik rumah sejak hari Jumaat lagi. Masa tu PI ada tugasan hoki Piala Sultan Johor, jadinya kami plan nak makan di Kafe Halaman, Kampung Melayu. Cadangannya, Iman datang ke pejabat Sk dan pergi lepas Sk habis kerja. Tapi petang tu hujan lebat giler pakej dengan ribut petir sekali. Jadi, Sk cakap Iman tak payah datang, makan dekat-dekat kawasan rumah jer la. Akhirnya, kami ke The Morso di Taman Pulai Makmur.
Tak tahulah memang nasib la kot, nampak tak menu tu dia tampal macam tu.
Kisahnya mereka sedang menambah baik dan ada perubahan menu. Ada menu yang sedang menjalani R&D, ada menu yang dah tiada.
Menu baharu di The Morso, Creamy Tomyam Pasta. Ni la aje satu menu baharu yang ada.
Sk malas nak fikir dah nak makan apa, makan ayam jer la senang, hehehe. Ni Chicken Grill Classic.
Chicken Grill Classic (RM18.90)
Ayam diperap dengan rempah ratus kemudian dipanggang dan dihidang bersama sos lada hitam, kentang putar dan sauteed vegetables. Banyak la dia bagi sayur tu, tak kedekut. Bagi Sk, sedap dan tidak mengecewakan.
Pesan sepotong Carrot Walnut Cake (RM11.90).dan Calamari Rings (RM15). Kek lembab tak kering, topping cream cheese pun sedap tak muak. calamari rings biasa aje la, sotong goreng tepung, tapi crispy la bukan macam kat kedai tomyam, hehehe.
Creamy Tomyam Pasta (RM24.90) untuk Iman. Porsi pasta ni besar, ngam la dengan perut kami. Kalau tak kuat makan, boleh kongsi, itupun jika selera sama. Rasa tomyam dia pun sedap, ada taburan daun limau purut yang dimayang halus menjadikan ia lebih beraroma. Memang sedap ni ya, disyorkan bagi penggemarnya.
Terubat la rasa kecewa tak dapat pergi makan di Kafe Halaman. Servis okey, makanan sedap dan harga berpatutan. Nanti tunggu menu-menu baharu dia semua siap bolehlah makan kat sini lagi ajak PI pulak, heheheh.
Dania mesti suka yang creamy pasta tu.
ReplyDeletechicken grill tu menggoda sanubari la
ReplyDeletechicken grill classic tu buat SA terliur la....
ReplyDeleteSemuanya nampak menggoda la SK.
ReplyDeleteBagus restoran ni rajin buat RnD.