MAKAN KENDURI DI DEWAN HASSAN ABDULLAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


SETELAH berbulan-bulan tidak menerima sebarang jemputan majlis perkahwinan, akhirnya minggu lepas dapat jugak jemputan walimatul urus dari Ketua Pengawas masa Sk sekolah dulu yang Sk panggil Kak Pah. Bila periksa tarikh semua (hari ini) memang kami ada kelapangan jadi Sk terus hantar RSVP untuk dua orang. Majlisnya di Dewan Hassan Abdullah, bersebelahan dengan Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat di Kampung Pasir, Tampoi.


Lebih kurang jam 2 petang, kami sampai ke dewan yang dipenuhi tetamu. Kak Pah menyedari kehadiran Sk walaupun sedang sibuk bersalaman dengan tetamu yang hendak pulang meminta agar Sk terus ke jamuan dahulu. Ni pinggan PI.


Menu kenduri adalah nasi beriani, ayam masak merah, kurma kambing, dalca dan pencuk serta buah tembikai. Selain itu pelbagai kuih-muih, bubur pulut hitam dan apam balik mini. Sedap masakannya, tak habis-habis PI memuji sepanjang perjalanan balik.


Disebabkan orang ramai, kami tidaklah berlama-lama. Lepas makan nasi beriani dan sedikit kuih, kami beransur pulang.


Sayangnya tak dapat nak bergambar dengan Kak Pah sebab ada sesi bergambar pengantin dan keluarga di atas pelamin. Terima kasih, Kak Pah atas ingatannya dan Selamat Pengantin Baru buat kedua anaknda raja sehari, Syira dan Hazwan. Semoga mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam budak sekolah je pengantin tu.

    ReplyDelete
  2. Menu kendurinya sungguh luar biasa
    super nikmat

    ReplyDelete
  3. Tengok lauknya pun dah boleh agak sedapnya. Baru ni ada dapat jemputan kenduri juga tapi alahai ada hal lain pula, kalau tak memang akan pergi semua jemputan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!